Harian Metro

Amy rela beralah

- Ardini Sop hia Sina hellinie@hm etro.com .m y

Le bih dua dekad bergelar penyanyi tetapi Amy Mastura, 45, terus bertahan dalam industri seni tanah air. Mula dikenali sejak menyertai program Asia Bagus pada 1993, Amy juga dikenali sebagai pelakon baik filem mahupun drama.

Bagaimanap­un apa yang jelas, karakter Amy Mastura masih sama ketika baru memulakan kembara sebagai penyanyi.

Dia seorang yang peramah, merendah diri, suka bergurau, sering tersenyum dan berdisipli­n. Dengan sikapnya itu, tidak hairanlah Amy sehingga kini bersih daripada sebarang kontrovers­i.

Ibu kepada dua anak itu juga akui sentiasa mengelak dirinya daripada terbabit dalam manamana pergaduhan sesama rakan artis. Andai ada situasi tegang, dia pantas menjauhkan diri agar tidak terpalit sama.

“Dari dulu lagi saya amalkan perkara ini.

Saya sentiasa mengelak daripada terbabit dengan pergaduhan. Katakan saya berada dalam satu program dan ada perkara yang kurang menyenangk­an, saya rela undur diri.

“Kalau tidak suka sesuatu keadaan itu, cepat-cepat tarik diri. Jangan bersikap ego dan panaskan suasana. Ia akan berpanjang­an dan mungkin membawa impak negatif pada diri sendiri,” katanya.

Mengamalka­n sikap itu, dalam nada bergurau Amy berkata, tidak ada seorang pun yang ingin memulakan pergaduhan dengannya mungkin kerana dia bukanlah bintang ternama yang dapat memberikan tempias populariti kepada individu berkenaan.

“Saya pun pelik sebenarnya kenapa tidak ada yang mahu bergaduh dengan saya. Tapi kalau gaduh dengan saya pun mereka akan rugi. Pertelingk­ahan itu tidak akan menaikkan nama mereka pun sebab saya bukannya popular.

“Memang benar kontrovers­i itu membuatkan kita terkenal dalam sekelip mata tetapi umum akan mengetahui kita dengan cerita-cerita sensasi dan bukannya hasil karya kita. Kalau boleh elak, elakkanlah daripada terjerumus dalam isu-isu panas,” katanya.

Tanpa sebarang cerita sensasi, Amy membuktika­n kariernya tetap kukuh walaupun dengan kehadiran penyanyi muda.

Bagaimanap­un, penyanyi yang popular dengan lagu Sha Na Na itu enggan menyertai mana-mana pertanding­an nyanyian pada masa ini. Walaupun Gegar Vaganza menjadi medan buat penyanyi lama menaikkan kembali nama mereka, Amy selesa dengan apa yang sudah dikecapiny­a.

Katanya, walaupun tawaran tidak lagi sebanyak dulu, dia tetap bersyukur kerana masih mencukupi buat dirinya. Dalam setiap perkara yang dilakukan, dia sentiasa mengamalka­n kesederhan­aan.

“Buat masa ini saya tidak mahu menyertai mana-mana pertanding­an tapi saya tidak tahu pula pada masa hadapan. Kalau boleh, biarlah Asia Bagus menjadi pertanding­an terakhir untuk saya.

“Saya tidak mahu berhadapan dengan tekanan dan cabaran sepanjang pertanding­an Gegar Vaganza. Saya dapat rasakan saya sudah tidak mampu berhadapan dengan situasi seperti itu,” katanya.

Sudah lama bergelar anak seni, Amy tidak pernah meletakkan dirinya pada satu tahap yang jauh lebih tinggi daripada pendatang baru.

Dia berharap agar mereka yang ingin menceburi bidang seni akan tetap dengan tujuan asal iaitu untuk menjadi penghibur yang berjaya.

Mengenai isu ada pendatang baru berlagak diva kerana tidak bertegur sapa dengan selebriti senior, Amy menegaskan dia tidak pernah berhadapan dengan situasi itu.

“Saya pernah juga diundang menjayakan persembaha­n dengan penyanyi baru. Bagi saya, kalau mereka tidak tegur, tidak ada salahnya kita yang datang dan bertegur sapa.

“Mereka masih baru dan mungkin tidak kenal siapa kita. Saya tidaklah boleh berandaian semua orang kenal saya. Malah saya pun tidak kenal semua penyanyi baru. Jadi, tidak ada salahnya kita yang lebih tua ini memulakan perbualan.

“Tidak sepatutnya kita menjadikan status sebagai jurang dengan selebriti lain. Paling penting, kita amalkan sikap saling hormat-menghormat­i. Dengan menerapkan sikap ini, sudah pasti orang lain juga akan menghormat­i kita,” katanya.

Muncul dengan single baru, Kalimah, Amy turut menjadi hos bersama Jihan Muse dalam program bual bicara Jihan Show yang turut menampilka­n Zara Zya dan Syuk Joras.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia