Harian Metro

Courage tinggal kesan emosi

-

FILEM: Courage

ARAHAN: Angelo Pizzo PELAKON: Aaron Eckhart, Finn Wittrock, Robin Tunney, Sarah Bolger GENRE: Biografi drama TAYANGAN: 23 Mac 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Filem judul asal, My-All American yang pernah ditayangka­n dua tahun lalu mengisahka­n jurulatih Darrell Royal (lakonan Aaron Eckhart) yang mempunyai pemain terbaik pernah dimiliki, Freddie Steinmark (Finn Wittrock).

Apabila ada media bertanya jurulatih, dalam ramai pemain All Americans yang pernah dilatih, siapakah pemain yang memberi impak kepadanya dan jaw ab Royal, Freddie Steinmark.

Jaw apan mengejutka­n itu membuatkan media pertikai sebab Freddie bukan pemain All American sebenar tapi jaw ab balas Royal, Freddie mungkin bukan pemain liga itu tapi dialah ‘My All American’ baginya.

Itu antara babak paling menyentuh hati tatkala bercerita mengenai filem ini.

Pada babak aw al filem, ia mengingatk­an segelintir penonton dengan memori zaman sekolah atau kolej, terutama apabila penonton disajikan dengan penceritaa­n aw al kisah Freddie menyertai sukan bola sepak Amerika.

Ia cukup ceria, santai dan bercerita dengan jujur. Apabila Freddie bertemu Linda (Sarah Bolger) sebagai cinta hati, drama pun bermula.

Penonton dapat lihat Freddie pemain yang tidak dapat dinafikan mempunyai kesungguha­n dan kegigihan tinggi.

Filem ini lebih banyak menonjolka­n babak latihan berbanding filem berkaitan lain, malah ada juga babak latihan aksinya kasar.

Dari segi lakonan, Eckhart berjaya membaw a w atak jurulatih Royal. Begitu juga Wittrock, pelakon baru yang turut berjaya memberi ruang untuk penonton mengenali w atak Freddie dengan lebih mendalam.

Babak akhir filem sedih. Hampir semua babak berjaya memberi kejutan tersendiri terutama buat mereka yang tidak kenal pun siapa Freddie Steinmark sebelum ini.

Tidak dinafikan filem berkaitan sukan memang datang dan pergi. Penonton pasti jarang ambil tahu atau ingat filem itu mengenai apa.

Tapi filem ini mampu memberi kelainan terutama meninggalk­an kesan emosi kepada penonton dek w atak Freddie atau jurulatih Royal yang melihat Freddie dari sudut berbeza.

Jika anda mencari karya sebaik filem We Are Marshall (2006), rasanya Courage mampu memberi kepuasan itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia