Harian Metro

Lakon layar kucar-kacir

-

FILEM: Power Rangers ARAHAN: Dean Israelite PELAKON: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks GENRE: Aksi fiksyen sains TAYANGAN: 23 Mac 2017 ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Realitinya tidaklah pelik melabur lebih RM400 juta untuk terbitkan filem Pow er Rangers tahun ini tapi yang peliknya membazirka­n jumlah itu tanpa memberi impak besar kepada aksi yang sepatutnya.

Penonton dibazirkan dengan penceritaa­n aw al setiap karakter yang mempunyai masalah tersendiri. Kemudian tanpa sempat kenal, mereka ditemukan secara tiba-tiba dan terpaksa bergabung untuk menjadi pasukan yang perlu menyelamat­kan bumi.

Masalah dengan filem ini terletak pada karakter yang tidak dikembangk­an dengan baik. Penceritaa­n pula terlalu terdesak seolah-olah pengarah cuba menyumbat segala isi drama dan pengenalan karakter pada satu-satu masa.

Disebabkan hal itu, lakon layar jadi kucar-kacir, babak aksi sekadar berlaw an di atas bukit dan di pekan kecil. Paling menyedihka­n, kesan khas imej janaan komputer (CGI) tidak diperincik­an.

Peminat hanya digulagula­kan dengan tema dan jenama. Ditambah pula dengan kostum setiap Rangers yang hebat serta lagu Go Go Pow er Rangers yang sejak dulu bagaikan berhantu kepada peminat setia mereka.

Tidak dinafikan filem ini dihasilkan bukan untuk golongan dew asa tapi ia juga tidak cukup gempak untuk mengujakan golongan belia 20-an.

Namun, ia tidak sesuai untuk tontotan remaja belasan tahun kerana tanpa disedari elemen kekeliruan LGBT tetap cuba diselit secara santai.

Babak itu ketika Zack (lakonan Ludi Lin) bertanya kepada Trini (Becky G) mengenai masalah ‘hubungan’ yang dihadapi Trini.

Walaupun ia hanya satu soalan dan tiada jaw apan jelas, golongan dew asa yang menonton dan memahami subteks cuba disampaika­n pasti menyedari hakikat isu cuba disampaika­n.

Apa sekali pun, Pow er Rangers tetap ada intipati asal yang dibaw a dari zaman kemasyhura­nnya aw al 1990-an.

Buat peminat setia, filem ini mungkin sekadar memberi keadilan saksama kepada w atak kegemaran mereka.

Tapi untuk dibanggaka­n sebagai filem aksi hebat setaraf filem adiw ira lain yang lebih berat drama dan aksinya, rasanya masih terlalu jauh.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia