Harian Metro

Haida janji saingan sengit

- Norhayati Nordin yati@hm etro.com .m y

Nama Haida dan Dia Fadila bukan asing di persada industri hiburan tanah air. Kedua-duanya pernah mencipta nama suatu ketika dulu.

Haida atau Siti Haida Hasnan, 39, pernah membina nama sebagai penyanyi popular era 1990-an dan dikenali melalui lagu Hajat, Manis Masa Bercinta, Biarkanlah dan Besar Kemungkina­n.

Kini Haida yang berkahwin dengan ahli perniagaan, Azhar Omar, 39, pada 2000, menetap bersama keluarga di Melaka.

Ibu tiga anak ini juga masih aktif menyanyi dan bakal berganding dengan

Dia dalam pertanding­an Super Karoks 2 Kool FM yang bermula esok.

Menamakan kumpulan mereka Wow, pasangan ini akan bersaing dengan empat lagi kumpulan lain, Apooo diwakili Elly Mazlein/Zul 2 by 2 serta Gitewlaa (Syura Badron/Bob Yusof).

Turut memberi saingan kumpulan Bedeboom dibarisi Adibah Noor/Vince dan RG Victory (Rem/Gmie Screen).

Kata Haida, dia tidak pernah menyepi apatah lagi bersara daripada nyanyian. Baginya, bidang seni sudah sebati dalam hidupnya.

“Kali terakhir saya aktif menyanyi dalam liga arus perdana pada 1997 selepas kemunculan album Besar Kemungkina­n.

“Ketika itu berlaku kemeleseta­n ekonomi hingga membawa tempias besar kepada karier nyanyian saya. Perjalanan karier saya makin terganggu hingga akhirnya saya buat keputusan angkat kaki daripada liga muzik arus perdana,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Haida, sejak 2008 putaran karier nyanyianny­a beralih sebagai penyanyi kelab. Haida juga akui perjalanan karier nyanyianny­a mungkin dilihat sepi kerana tidak mendapat liputan media.

Selain menyanyi, dia aktif dalam perniagaan iaitu pengurusan acara seperti menganjurk­an konsert dan persembaha­n pentas.

Apapun keutamaann­ya kini, kata Haida tetap pada keluarga menguruska­n suami dan anak, Muhammed Aizuddin, 15, Muhammed Danish Aiman, 13, dan Muhammed Muharam, 4.

“Mujur suami memahami dan memberi galakan untuk saya terus aktif dalam bidang nyanyian,” katanya.

Untuk Super Karoks 2 Kool FM, Haida akui bersemanga­t untuk menyertain­ya kerana minat, tambah pula digandingk­an dengan Dia.

“Saya gembira dan kami akan berusaha memberi cabaran sengit. Menang atau kalah adat bertanding. Apa yang pasti, kami akan cuba sebaik mungkin menyanyika­n lagu tugasan dengan baik,” katanya.

Mengenai perancanga­n untuk muncul dengan single baru, Haida berkata tidak mudah mendapatka­n lagu yang bagus.

“Melihatkan pada perkembang­an bidang nyanyian kini, saya terfikir jika mahu membuat kemunculan semula perlu mendapat lagu yang baik.

“Selain lagu itu sesuai dengan vokal, saya juga harus pastikan melodi dan lirik lagu juga sedap didengar. Buat masa sekarang, saya tidak mahu terburu-buru untuk muncul dengan single baru kerana pendengar masih inginkan lagu lama,” katanya

 ??  ?? HAIDA
HAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia