Harian Metro

Suami tak halang Dia

-

Pernah popular dengan lagu Aku Masih Setia dan Tangisan Marhaenis, Dia Fadila seakanakan lama menyepi. Apatah lagi sejak mendirikan rumah tangga dengan Redza Abdullah Sanusi, 40, dan memiliki dua anak, Qaseh Dhiya, 7, dan Chinta Qadisa, 4.

Dia atau Nur Fardilla Nadia Abu Bakar, 33, akui sudah lama tidak menyanyi dan pembabitan­nya untuk Super Karoks 2 Kool FM dilakukan atas galakan suami.

“Walaupun pernah mendengar dakwaan saya tidak aktif menyanyi kerana dihalang suami, sebenarnya perkara itu tak berlaku.

“Suami tak menghalang pun selama ini cuma saya memilih tidak mahu menyanyi kerana menjaga anak.

“Ketika anak masih kecil, saya berhadapan masalah pembantu rumah asyik lari sebanyak 10 kali, hingga akhirnya saya nekad menjaga sendiri.

“Selepas memberi sepenuh komitmen mengurus keluarga, saya jadi selesa dan sangat seronok menghabisk­an masa di rumah.

“Cuma, sekali sekala terutama hujung minggu saya terbabit mengajar kelas vokal persendiri­an,” katanya.

Dia yang mula mendapat perhatian selepas menang tempat kedua dalam pertanding­an Bintang Gala 2 RTM pada 1999, pernah mewakili Malaysia untuk pertanding­an Asia Bagus di Bali, Indonesia pada 1998.

Ketika aktif menyanyi dengan imej rambut keriting, Dia pernah muncul dengan dua album, Dia pada 2004 dan Na Na Na... Kataku (2007) termasuk satu album Kompilasi, Terbaik Dariku (2009).

Biarpun masanya banyak di rumah, Dia akui tidak pernah terfikir untuk berkaraoke mahu pun giat berlatih menyanyi.

“Saya rasa vokal pun dah berkarat sekarang tetapi saya gigihkan juga menyertai Super Karoks 2 Kool FM atas permintaan suami.

“Daripada asyik duduk saja di rumah memandangk­an anak pun sudah bersekolah, lebih baik saya ada aktiviti sendiri.

“Apapun, pembabitan saya dalam Super Karoks 2 Kool FM bukan untuk menang tetapi hanya mahu melepas rindu.

“Saya tak pernah lupakan bidang nyanyian, cuma melihatkan kini semakin ramai penyanyi baru maka lebih baik tumpukan pada keluarga,” katanya.

Super Karoks 2 Kool FM menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara keseluruha­n manakala RM5,000 untuk pemenang mingguan.

Ia diperkenal­kan tahun lalu menyaksika­n kejayaan Elyana dan Intan Sarafina sebagai juara dan turut disertai Rahmad & Ezad Lazim, Ayai Ilusi & Maya, Faradhiya & Norshila Amin serta Raja Ema & Amelina.

 ??  ?? DIA Fadila
DIA Fadila
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia