Harian Metro

Belum promosi dah sejuta tontonan

- Am irul Haswendy Ashari haswen dy@hm etro.com .m y

Ismail syukur Sabar diterima peminat walau lagu itu bukan seperti genre muzik kini

Siapa sangka dalam tempoh sebulan, lagu

Sabar dendangan penyanyi remaja, Ismail Izzani, 17, berjaya mencecah satu juta tontonan di laman YouTube.

Ternyata lagu itu tidak perlu menunggu lama untuk menjadi tarikan ramai sebelum pihak pengurusan sempat menyusun atur jadual promosi.

Ditemui dalam sesi fotografi bersama Selebriti baru-baru ini, Ismail Izzani atau Ismail Izzani Zainal Nazeri meluahkan rasa syukur atas kejayaan dicapai Sabar yang mula tular di media sosial.

Katanya, dia tidak menyangka pendengar sukakan lagu itu sebagaiman­a sekarang hingga berjaya mencecah satu juta hanya dalam tempoh sebulan.

“Perasaan saya pada mulanya sangat seronok dan lega tetapi waktu sama takut juga sebab lagu ini bukan seperti genre muzik sekarang.

“Lagu yang saya hasilkan bersama komposer Omar K ini adalah karya segar dan moden terutama dengan adanya elemen pop.

“Apatah lagi situasinya boleh diletakkan dalam banyak tempat bukan saja untuk pasangan bercinta semata-mata,” katanya.

Dalam keterujaan lagu nyanyianny­a berjaya menarik perhatian ramai, Ismail akui bidang nyanyian bukan pilihan utamanya. Bagaimanap­un dia menceburi bidang itu disebabkan paksaan gurunya ketika di darjah tiga.

“Ketika itu saya dipaksa guru sekolah untuk menyertai pertanding­an nasyid. Saya maklumkan tidak pandai menyanyi tapi cikgu paksa juga dan percaya saya mampu lakukannya.

“Apabila sudah masuk, saya mula suka bidang nyanyian lantas memuat naik video pendek nyanyian lagu saduran di laman sosial.

“Saya cuba nyanyi lagu dengan meletak #izzani15se­condcover. Apabila dapat maklum balas baik, saya mula ‘update’ rakaman seminit pula,” katanya.

Apabila melihat latar belakang Ismail Izzani, tidak hairan anak muda ini berbakat dalam nyanyian kerana mewarisi bakat ibunya, penyanyi popular 1980-an, Datin Suliza Salam.

Suliza pernah popular dengan lagu Untuk Sekali

 ??  ?? Ismail bersama ibu, Suliza Salam, kakak Nur Izzati (kanan) dan Nur Falahi.
Ismail bersama ibu, Suliza Salam, kakak Nur Izzati (kanan) dan Nur Falahi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia