Harian Metro

Bantu anak berdikari

- Norhayati Nordin yati@hm etro.com .m y

Se mua ibu bapa berusaha memberi yang terbaik untuk anak mereka apatah lagi jika anak itu golongan istimewa.

Bagi mereka yang dikurniaka­n anak istimewa, tentunya satu cabaran dan tanggungja­wab besar perlu digalas bermula detik mereka dilahirkan.

Anak istimewa memerlukan ruang dan peluang dalam pendedahan pendidikan tetapi skop pembelajar­an berbeza membuatkan mereka harus mendapatka­n pendidikan di sekolah khas.

Di negara ini, agak sukar bagi ibu bapa yang memiliki anak istimewa untuk mencari sekolah khas terbaik. Tidak hairanlah pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 46, pernah menghantar anaknya belajar di negara jiran.

Anak sulungnya, Ahmad Firdaus, 17, mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.

Ahmad Idham menghantar anaknya ke Saint Claire, Singapura dan selama dua tahun, dia nampak perkembang­an baik dan sihat dengan sistem pembelajar­an serta terapi yang disediakan.

Firdaus kini boleh berjalan dan bertutur dengan baik serta boleh difahami walaupun agak perlahan. Dari situlah tercetus idea menubuhkan Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus sejak setahun lalu.

Diusahakan bersama isteri, Jameah Abdul Aziz, 41, lokasinya juga agak strategik di Red Carpet Avenue di Kota Damansara.

Melangkah masuk ke bangunan ini, di bahagian bawah tersedia satu bilik fisioterap­i yang lengkap pelbagai kelengkapa­n untuk latihan pemulihan.

Kata Ahmad Idham, kelengkapa­n fisioterap­i itu penting bagi aktiviti pe mulihan dan pembelajar­an anak istimewa ini.

“Anak istimewa ada bermacam ragam dan tahap kecerdasan mereka. Semuanya dapat dikenal pasti selepas pemeriksaa­n dijalankan.

“Apapun, peralatan fisioterap­i di pusat ini agak lengkap untuk kanakkanak berusia tiga tahun sehinggala­h golongan dewasa,” katanya.

Sementara itu Jameah berkata, anak istimewa perlu diajar mengikut tahap kronologi fungsi umur mereka. Contohnya umur asal mereka 10 tahun tetapi tahap fungsi usia mereka mungkin setaraf kanakkanak enam tahun.

Katanya, sukatan pembelajar­an perlu diberikan oleh guru sama seperti kanakkanak berumur enam tahun berbeza dengan kanakkanak normal.

“Setiap pelajar di pusat ini mempunyai Pelan Pendidikan Individu (IEP) yang sudah dirangka selama setahun berdasarka­n fungsi umur masingmasi­ng.

“Guru yang disediakan juga terlatih, berpengala­man dan memiliki ijazah pendidikan khas serta psikologi,” katanya.

Jameah berkata mengajar anak istimewa sangat menguji kesabaran, fizikal

 ??  ?? AHMAD Firdaus dalam kelas pembelajar­an.
AHMAD Firdaus dalam kelas pembelajar­an.
 ??  ?? LUKISAN dinding hasil kerja anak istimewa Eden FIrdaus.
LUKISAN dinding hasil kerja anak istimewa Eden FIrdaus.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA peralatan fisioterap­i di Eden Firdaus.
ANTARA peralatan fisioterap­i di Eden Firdaus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia