Harian Metro

Hari keluarga AJS meriah

-

Salam Ahad. Sebenarnya adik tak sabar nak menulis kolum Muahciked minggu ini. Memang minggu ini adik betul-betul teruja mahu berkongsi cerita dan kenangan bersama ahli kelab Ayda Jebat Screamer (AJS).

Pada 18 dan 19 Mac lalu, di Glory Beach Resort,

Port Dickson, ahli AJS meraikan hari keluarga dan berlangsun­g sehari selepas adik meraikan hari jadi pada 17 Mac lalu.

Sempena ulang tahun kelahiran adik yang ke-25, AJS sepakat meraikanny­a dalam satu majlis makan malam berserta hari keluarga selama dua hari satu malam di Port Dickson. Ia dimeriahka­n dengan kehadiran 100 ahli rasmi AJScreamer (AJSVIP).

Adik teruja kerana ahli AJS datang dari serata negara termasuk Sabah, Sarawak, Kedah dan Johor. Malah dari Singapura pun turut hadir. Tujuan utamanya untuk mengeratka­n silaturahi­m sesama kami.

Selain keluarga, peminat adalah tulang belakang yang banyak menyokong perjalanan karier seni adik selama ini.

Setibanya semua ahli di resort sekitar jam 12 tengah hari, mereka daftar masuk bilik dan rehat santai sebelum aktiviti bermula.

Orang cakap, umpama panaskan badan dulu sebelum bersiap sedia nak keluarkan peluh sekejap lagi. Tepat jam 4 petang, acara sukaneka pun bermula.

Ahli AJS terbahagi kepada tujuh kumpulan. Semua nama kumpulan diberikan sempena tajuk drama dan telefilem yang pernah adik bintangi.

Antaranya kumpulan Rindu Awak 200%, Drama Maid, Sesal Separuh Nyawa, Suami Sebelah Rumah, DIVA dan Awak Sangat Nakal.

Bagi acara sukaneka pula, kita buat Giant Slippers, Drunken Sailor, 3 Legged Pirate, Don’t Hurt My Heart dan Head to Head.

Wow nama omputeh tetapi sebenarnya ia permainan sukaneka tradisi Malaysia seperti acara isi air dalam botol, baling belon jangan sampai pecah, selipar gergasi dan banyak lagi.

Cuma nama permainan saja yang kami suka-suka tukar dalam ‘omputeh’ baru nampak macam gempak sikit.

Bagi meraikan ahli

AJS, adik bergegas dari set penggambar­an di Sekinchan, Selangor ke Port Dickson. Alhamdulil­lah sempat juga sampai.

Bermacam ragam adik lihat sepanjang aktiviti dijalankan. Selain ahli AJS, keluarga adik pun turut serta bermain acara sukaneka itu, itu yang lagi syok!

Jadi, ketika itu dapatlah adik lihat depan mata sendiri semangat berpasukan dan kepemimpin­an ahli AJS.

Selesai permainan sukaneka, semua diberi tugasan istimewa iaitu setiap kumpulan diminta membuat persembaha­n pada makan malam nanti.

Semua cuak! Tak kira nak menyanyi, menari, berlakon atau apa saja mengikut kreativiti masing-masing.

Makan malam dimulakan dengan bacaan doa. Turut dimuatkan montaj temu bual dan ucapan daripada keluarga adik dan beberapa ahli AJS.

Ada bahagian suka, ada juga bahagian memang meleleh air mata tengok ucapan mereka. Tersentuh hati adik mendengar pujian yang diberi.

Adik anggap sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai anak seni, artis yang mereka sayang, sanjung dan kasihi.

Sesungguhn­ya adik manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Adik selitkan ayat yang selalu adik pesan kepada semua ahli AJS dalam ucapan istimewa itu.

Ayatnya: “Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.” “Jangan jatuhkan orang lain untuk naikkan diri kita” dan beberapa lagi kata ucapan adik kepada mereka yang dikasihi.

Setakat ini,

Alhamdulil­lah semua ahli AJS membanggak­an adik dengan sikap mereka yang profesiona­l dan bijak menangani ‘haters’!

Haaa ingat artis je ada ‘haters’, kelab peminat pun ada tau. Jangan cepat melatah. Anggap semua katakata ‘haters’ itu satu gurauan kasar.

Jadikan ia pemangkin yang mampu mendidik kita menjadi lebih penyabar dan membantu menguatkan lagi hubungan sesama ahli.

Apapun, ini adalah tahun ketiga AJS menganjurk­an majlis sambutan ulang tahun adik. AJS memilih untuk mengadakan hari keluarga bagi memberi sedikit kelainan daripada majlis terdahulu.

Ia juga lebih santai dan tidak formal. Tema kali ini pula ialah Team Bola Sepak Tempatan Malaysia yang dipilih kerana melambangk­an kenegerian masing-masing dan juga semangat juang ahli AJS semua!

Selesai sesi fotografi istimewa, adik dapat kejutan lagi apabila Redza Rosli datang dari Sekinchan ke Port Dickson.

Redza tiba jam 2 pagi dan sangat adik hargai kerana datang semata-mata untuk beri hadiah dan terus balik sebab esok ada penggambar­an jam 8 pagi. Beli jiwa eh. Terima kasih awak.

Apa yang pasti, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini di atas segala jasa, pengorbana­n dan doa kalian kepada adik.

Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa kalian buat adik. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. #AJSSelaman­ya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia