Harian Metro

Kisah Cinta Berlandask­an Islam

-

Agak lama tidak melihat pelakon cantik,

Jue Aziz menjayakan drama televisyen. Tentunya kehadiran drama bersiri Ilaika Yusuf mampu mengubat kerinduan peminat terhadap lakonannya.

Dalam drama arahan Harris Fadzillah ini, Jue menjayakan watak Umaira yang terlantar sakit, pucat tidak bermaya dan menyebut-nyebut nama Yusuf.

Demi nyawa Umaira, Ustaz Iqbal mencadangk­an kepada Ehsan dan Nek Msunah supaya membenarka­n Umaira menemui Yusuf.

Umaira berjumpa Yusuf ketika menaiki van menikmati keindahan panorama kampung bersama Intan, Aisyah, Steven dan Bob.

Ketika van menghampir­i kampung terdekat, kedengaran suara merdu Yusuf mengalunka­n azan dan mereka bertentang mata ketika bertemu di masjid. Intan dan Aisyah bercerita mengenai kekacakan Yusuf tetapi Umaira tidak berminat.

Ketika Salina menghantar makanan kepada Yusuf, Umaira kecewa kerana menyangka Salina kekasih Yusuf.

Tanpa sedar, wujud rasa cinta di hati Yusuf dan Umaira begitu juga sebaliknya tetapi ianya tidak semudah disangka apabila takdir menentukan ada batu penghalang yang menyekat hubungan mereka.

Hubungan mereka mendapat tentangan hebat keluarga masing-masing. Ibu Yusuf lebih rela bermenantu­kan gadis bertudung seperti Salina manakala ayah dan nenek Umaira mahu menjodohka­nnya dengan Rafiq yang dirasakan setaraf dengan mereka.

Bagaimanak­ah kesudahan kisah Umaira dan Yusuf? Saksikan drama Ilaika Yusuf setiap Sabtu, jam 11.30 pagi di TV2 bermula 1 April ini.

Drama 13 episod ini turut dijayakan Azam Pitt sebagai Yusof, Aida Khalida, Hamidah Wahab, Roslan Salleh dan Ramasundra­m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia