Harian Metro

Himpunan basikal tua

- Amran Yahya metahad@hmetro.com.my

Erat hubungan peminat basikal klasik Malaysia-Indonesia

Berbasikal bukan sekadar aktiviti mengisi masa lapang atau untuk mengeluark­an peluh semata-mata sebaliknya kini rutin wajib setiap hari dalam kalangan peminatnya.

Bagi mereka jika tidak berkayuh sehari, rasa seperti satu kejanggala­n pula selain ada antaranya tidak kisah mengeluark­an belanja puluhan ribu ringgit membeli basikal serta kelengkapa­n mahal atau berkayuh beribu kilometer kerana menzahirka­n keghairaha­n berkayuh.

Malah, demi membuktika­n berbasikal sudah tidak lagi dipisahkan dengan garis sempadan negara mahupun budaya, seramai 40 ahli Gabungan Basikal Tua Malaysia (GBTM) menyeberan­gi Selat Melaka baru-baru ini menyertai acara Kayuhan Dua Negara Kali ke-4 (K2N4), Kembara ke Jogjakarta 2016 di Jogjakarta, Indonesia.

K2N4 diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke10 penubuhan Penguyuban Onthelist Dyogjakart­a (PODJOK), menjadi satu perhimpuna­n bagi mengumpul peminat aktiviti berbasikal khususnya basikal klasik atau basikal tua.

Menerusi K2N4, seramai 200 pencinta basikal klasik dihimpunka­n dengan penyertaan ahli PODJOK, Komunitas Speda Tua Indonesia (KOSTI) dan GBTM.

Malah, penyertaan GBTM pula membabitka­n gabungan lima kelab basikal klasik di Malaysia yang mewakili Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan (KBTN9), Kelab Basikal Tua Melaka (KBTM), Kelab Basikal Klasik Kinta (KBKK), Kelab Basikal

Klasik Jalan Kamis dan

Kelab Speda Tua Johor Bahru.

Ketua projek K2N4 Malaysia, Ikhwan Ibrahim berkata, untuk mengumpul pencinta basikal klasik dalam jumlah ramai di seluruh negara bukan perkara mudah kerana memerlukan perancanga­n rapi.

“Kita membuat perancanga­n sejak Oktober 2015 dan kos ditanggung sendiri setiap peserta. Tetapi bagi mengurangk­an beban peserta, kita memberi kelonggara­n kepada mereka

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia