Harian Metro

Dulu guru kini murid

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Mulanya O’Luanaigh mengajar bahasa Inggeris di Johor tapi belajar bahasa Melayu lebih kenal budaya Malaysia

Mempelajar­i bahasa rasmi sesebuah negara asing yang didiami adalah langkah terbaik untuk memahami budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan. Justeru, lelaki Inggeris ini mengambil inisiatif mengikuti kelas bahasa Melayu secara formal sejak tiga tahun lalu.

Kepelbagai­an bangsa, bahasa, budaya mahupun adat, bukan cabaran besar buat Gavin O’Luanaigh menyesuaik­an diri.

1. Kali pertama anda berkunjung ke Malaysia dan tujuannya?

Saya datang ke Malaysia kali pertama pada 1994 apabila diberi peluang menjadi guru bahasa Inggeris dan sukan di sebuah sekolah di Johor Bahru. Sebaik tamat belajar di sekolah tinggi di England, setahun saya menetap di Malaysia sebelum kembali meneruskan pengajian di universiti.

Tiga tahun bekerja di Hong Kong, saya kembali ke Malaysia pada 2001 kerana ketika itu, saya mula aktif dalam industri sukan terutama bola sepak. Saya juga terbabit dengan aktiviti melatih pasukan bola sepak kanak-kanak di Malaysia dan membawa mereka menjalani latihan di luar negara.

Selain itu, persekitar­an kerjaya saya juga membolehka­n saya bekerjasam­a dengan pelbagai jenama sukan antarabang­sa. Pernah bertugas di beberapa negara Asia Tenggara lain, saya lihat kedudukan Malaysia yang berada di tengah rantau ini menjadi ‘tapak’ terbaik untuk saya memulakan kehidupan baru. Malah saya juga mempunyai isteri dan dua anak di Malaysia.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Subjek Sejarah di bangku persekolah­an memberi sedikit gambaran mengenai Malaysia. Walaupun tidak mengetahui secara menyeluruh, saya lebih mengenali Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negara jiran terdekat, Singapura. Kedatangan kali pertama saya pada 1994 adalah secara kebetulan sahaja.

Meskipun begitu, saya rasa bertuah apabila ‘pengalaman ‘kebetulan’ itu menjadi peluang terbaik untuk saya lari daripada zon selesa (tanah air sendiri).

3. Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Perniagaan yang saya usahakan kini lebih kepada pengiklana­n dan agensi media, tidak dinafikan wujud kekangan terutama dalam membuat keputusan.

Jadi, kekurangan ini menyukarka­n kami untuk memastikan urusan perniagaan berjalan lancar kerana ia mengambil masa lama.

Tidak banyak cabaran besar untuk saya menyesuaik­an diri kerana kehidupan di sini mudah. Malah saya sangat seronok menikmati kehidupan di Malaysia terutama mendapat layanan baik penduduk tempatan.

4. Pengalaman menarik yang ingin dikongsika­n sepanjang berada di Malaysia?

Paling menarik, apabila saya dan rakan mendaki Gunung Telapak Buruk, Negeri Sembilan sematamata ingin menjejaki bangkai pesawat RAF B24 Liberator yang ditemui pada 1966.

Selebihnya, saya gemar menghabisk­an masa dengan keluarga dan anakanak termasuk bercuti selain berkongsi budaya Inggeris bersama-sama.

5. Lokasi kegemaran anda?

Rumah adalah tempat terbaik buat saya dan keluarga, selain daripada beberapa pulau menarik di Malaysia untuk menenangka­n fikiran.

6. Makanan tempatan pilihan anda?

Sate dan apa saja makanan pedas.

7. Malaysia pada mata anda?

Malaysia negara membangun yang berpotensi untuk maju lebih jauh. Negara ini adalah tempat terbaik untuk menjalani kehidupan yang tenang berbanding negara Asia Tenggara lain.

Pembanguna­n sistem pengangkut­an Transit Aliran Massa (MRT) yang sedang diusahakan mampu memperting­katkan lagi kualiti kehidupan di Malaysia.

 ??  ?? PROFIL
Nama: Gavin O’Luanaigh
Lahir: 13 April, 1976 Asal: London, England Kerjaya: Ketua Pegawai Eksekutif Football Focus Asia Status: Berkahwin Kediaman: Petaling Jaya, Selangor
PROFIL Nama: Gavin O’Luanaigh Lahir: 13 April, 1976 Asal: London, England Kerjaya: Ketua Pegawai Eksekutif Football Focus Asia Status: Berkahwin Kediaman: Petaling Jaya, Selangor
 ??  ?? BELAJAR bahasa Melayu sejak tiga tahun lalu.
BELAJAR bahasa Melayu sejak tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia