Harian Metro

Lebih lebar, pantas

-

Porsche 718 Cayman serba baru dilancarka­n untuk pasaran tempatan

Cayman menggunaka­n petrol sekitar 6.9 liter petrol manakala untuk Cayman S pada 7.3 liter untuk setiap 100 km,” katanya.

Rekaan luaran tampil lebih bergaya termasuk pembaharua­n pada lampu hadapan Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang (DRL) serta bahagian lampu belakang nipis dengan teknologi tiga dimensi untuk lebih jelas.

Untuk bahagian dalaman, ia dipasang dengan opsyen lapisan kulit Sport-Tex atau fabrik yang pertama kali diperkenal­kan untuk Cayman.

Ia turut dilengkapi Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) serta skrin sentuh bersaiz tujuh inci sebagai ciri standard kemudahan multimedia dan maklumat teknikal lain.

Harga 718 Cayman dan 718 Cayman S dari RM530,000 hingga RM700,000 dengan waranti empat tahun serta penyelengg­araan percuma untuk servis, alat ganti dan kos pekerja.

Pelancaran ini juga bersempena pembukaan Pusat Porsche Pulau Pinang yang dilengkapi ciri 3S bagi kemudahan pemilik jenama itu di bahagian utara.

Berkeluasa­n 10,844 meter persegi di tanah seluas 31,250 meter persegi, ia mampu memuatkan 10 kereta untuk dipamerkan serta sembilan ruang servis, gudang alat ganti, kafe dan ruang menunggu selesa yang eksklusif.

Pelaburan lebih RM15 juta diperuntuk­kan bagi kemudahan 3S di lokasi strategik Seberang Perai bagi kemudahan pemilik yang tinggal di kawasan utara.

Ia pusat Porsche ketiga selepas Glenmarie dan Sungai Besi yang dibuka pada 2010 dan 2015.

 ??  ?? MENYEDIAKA­N sembilan ruang tapak servis.
MENYEDIAKA­N sembilan ruang tapak servis.
 ??  ?? KELAJUAN maksimum mencecah 285 km/j.
KELAJUAN maksimum mencecah 285 km/j.
 ??  ?? PUSAT Porsche Pulau Pinang luas dan selesa.
PUSAT Porsche Pulau Pinang luas dan selesa.
 ??  ?? BAHAGIAN belakang tampil lebih aerodinami­k.
BAHAGIAN belakang tampil lebih aerodinami­k.
 ??  ?? RUANG dalaman elegan dan mewah.
RUANG dalaman elegan dan mewah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia