Harian Metro

Gaya ranggi D-Max

-

Varian Z-Prestige tawar rekaan lebih sporty

Bukan sahaja menawarkan pemanduan lasak malah penjimatan bahan api menjadi kekuatan utama trak pikap Isuzu ini yang mula memasuki pasaran tempatan sejak 2005.

Biarpun banyak jenama lain menghasilk­an pikap dengan pelbagai ciri moden dan terkini, Isuzu terus menjadi pilihan buat mereka yang tahu kelebihan jenama ini.

Sejak empat tahun lalu dengan beberapa model peningkata­n, pada 2016 D-Max menerima sentuhan pengubahsu­aian terbesar dengan pilihan lapan model dalam tiga varian iaitu Standard, Premium dan Z-Prestige diperkenal­kan ke dalam pasaran.

Baru-baru ini penulis berpeluang memandu uji varian Z-Prestige V-Cross 3.0 liter 4x4 yang bukan sahaja tampil bergaya malah sesuai untuk pemanduan kasual dan urban.

Disasarkan buat golongan yang mahukan kenderaan lasak selain praktikal untuk kegunaan harian model ini dilengkapi dengan ciri-ciri berkonsepk­an Adventure Rugged.

Sebagai sebuah model

4x4 premium, rekaan luaran diberi sentuhan lebih sporty seperti Sistem Mula dan Kemasukan Pasif (PESS), rim aloi 18 inci, lampu hadapan projektor dengan lampu nyalaan siang LED (DRL).

Rekaan bampar hadapan dan belakang lebih bergaya dengan bahagian kargo dilengkapi penutup dan Sports Bar sesuai dengan cirinya yang maskulin, namun kekal segak ketika dipandu dalam bandar serta padanan ciri-ciri terkini yang lebih ranggi.

Bukan sekadar luaran, ruang dalaman turut menerima elemen keselesaan serta sporty seperti penggunaan warna hitam dan merah pada kerusi balutan kulit, tempat meletak tangan, pemain DVD dengan skrin sentuh bersaiz 8 inci, kamera undur serta sistem bunyi keliling dengan lapan pembesar suara.

Ia juga didatangka­n dengan panel meter electrolum­inescent (e-LUMAX), rekaan baru Paparan Informasi Pelbagai (MID), penyambung multimedia dan ketersambu­ngan telefon pintar menjadikan model ini umpama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Seperti diketahui ramai enjin 3.0 liter DOHC empat silinder selari VGS Turbo Intercoole­r Diesel dengan transmisi automatik lima kelajuan memberikan tenaga berterusan terutama ketika melalui laluan lasak.

Bukan sekadar itu dengan 76 liter bahan api mampu membawanya sejauh lebih 800 kilometer dan ia terbukti ketika penulis menggunaka­n pikap untuk perjalanan dalam tugasan harian di Kuala Lumpur manakala pada hujung minggu menyusuri jalan raya berselekoh dan tanah tinggi Bentong dan Janda Baik di Pahang.

Secara purata penulis sudah melakukan perjalanan sejauh 500km namun dieselnya masih mampu mengharung­i baki sekitar 380km lagi ketika memulangka­nnya ke Isuzu Malaysia di Damansara Utama.

Model ini juga mempunyai ciri keselamata­n terbaik seperti beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) dan Bantu Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Isofix.

Selain itu Terrain Command membolehka­n pemandu melalui jalan lasak

 ??  ?? SESUAI untuk pemanduan harian dan lasak.
SESUAI untuk pemanduan harian dan lasak.
 ??  ?? RUANG dalaman dilengkapi pelbagai ciri terkini.
RUANG dalaman dilengkapi pelbagai ciri terkini.
 ??  ?? ENJIN 3.0 liter bertenaga dan jimat diesel.
ENJIN 3.0 liter bertenaga dan jimat diesel.
 ??  ?? Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia