Harian Metro

Dapat anugerah Kali kedua

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Elemen gaya, rekaan luaran dan dalaman serta prestasi antara yang dinilai bagi Peugeot 3008 terpilih sebagai Kereta Tahunan 2017 pada Pameran Antarabang­sa Motor Geneva ke-87, minggu ini.

Pelbagai ciri terkini ditawarkan termasuk kerusi pemandu i-Cockpit Peugeot, roda stereng kompak, konsol tengah dengan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci dan kekunci piano bagi kemudahan memandu.

Penganuger­ahan itu adalah kali kedua dalam tempoh tiga tahun meletakkan jenama dan model itu turut menerima pelbagai pengiktira­fan global lain dan pertama bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot.

Lebih 30 model baru daripada pelbagai jenama turut tersenarai untuk anugerah ini dan Peugeot membuktika­n kenderaan Eropah ada kelebihan tersendiri.

Berita gembira ini turut dikongsi bersama pengedar sah jenama itu di seluruh dunia termasuk Malaysia yang diedarkan oleh Nasim Sdn Bhd mempunyai lebih 30 cawangan pusat pameran dan servis di seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporatio­n Holdings Datuk Samson Anand George berkata, model 3008 serba baru bakal diperkenal­kan di pasaran tempatan tahun ini bagi memenuhi keperluan dan permintaan segmen kenderaan SUV yang kian meningkat.

“Pengguna di Malaysia ditawarkan sebuah model yang menerima anugerah Kereta Tahunan 2017 sudah pasti 3008 bakal menjadi satu pembelian yang terbaik,” katanya.

Nasim kini mempunyai rangkaian penuh model Peugeot untuk pasaran tempatan yang memenangi pelbagai anugerah termasuk 208 Puretech, 208 GTi, 308THP, 408 e-THP, 508THP, 508 SW THP, 508 GT, 2008 Puretech SUV, 3008

SUV dan 5008 MPV.

 ??  ?? PEUGEOT 3008 dipilih sebagai
Kereta Tahunan 2017.
PEUGEOT 3008 dipilih sebagai Kereta Tahunan 2017.
 ??  ?? RODA stereng kompak dengan sistem i-Cockpit.
RODA stereng kompak dengan sistem i-Cockpit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia