Harian Metro

Perlindung­an seluruh enjin

-

memberi perlindung­an menyeluruh terhadap enjin, Go Auto pengedar eksklusif kenderaan Haval di Malaysia memperkena­lkan produk minyak pelincir sintetik penuh Go Auto SAE 5W-40 SN.

Sesuai untuk semua jenis kenderaan petrol, pelincir ini dirumus khas menggunaka­n formula daripada Repsol bagi memberi perbatuan sejauh 15,000 kilometer.

Selain mengurangk­an geseran, ia membantu enjin lebih senyap, berprestas­i serta penggunaan petrol lebih efisien serta dirumus khas dengan teknologi hijau.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ahmad Azam Sulaiman berkata, minyak pelincir itu sudah berada di semua pusat servis Haval Malaysia juga membuka peluang perniagaan kepada pengedar yang berminat dengan harga jualan RM258 sebotol.

“Selain memelihara alam sekitar, kami akan menggunaka­n minyak ini untuk setiap kenderaan yang diservis di pusat kami dalam memberikan perjalanan lebih selesa kepada semua pemilik kenderaan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Go Auto Wan Ahmad Wan Omar Pegawai Bahagian Kejurutera­an Automotif, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Mahamad Rashid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Go Auto Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil.

Pada majlis sama, Go Auto melancarka­n kelab pemilik kenderaan Haval di Malaysia iaitu Haval Club yang semua pemiliknya di negara ini akan digabungka­n dalam merancang pelbagai aktiviti.

Antara yang sudah dilaksanak­an ialah program kemahiran pemanduan teknikal bersama JPJ di

Litar Sukan Permotoran Antarabang­sa Melaka (MIMC).

 ??  ?? MAJLIS pelancaran Haval Club.
MAJLIS pelancaran Haval Club.
 ??  ?? MINYAK pelincir sintetik penuh Go Auto.
MINYAK pelincir sintetik penuh Go Auto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia