Harian Metro

Bahaya isi minyak sambil duduk

- Ahmad Salihin Abd Rahim skrudanspa­nar@gmail.com

Saya selalu mengisi minyak sambil duduk di atas motosikal. Tapi baru-baru ini saya ditegur oleh pemilik stesen minyak di tempat saya yang menyuruh turun dari motosikal. Adakah ini undang-undang atau peraturan baru dan mengapa?

Shahrul Salleh, Kamunting, Perak

Syarikat minyak melaksanak­an dasar penunggang motosikal tidak boleh mengisi bahan api sambil duduk di atas motosikal, memandangk­an tumpahan petrol boleh menyala kerana enjin panas.

Bahan api itu mungkin tidak menjadi bahan yang mampu meletup tetapi wapnya boleh menyebabka­n letupan dalam kebakaran panas. Dalam keadaan itu, jika penunggang terlindung dengan memakai sut kulit, sarung tangan dan tidak menyedut gas ke dalam paru-paru, kemungkina­n beliau tidak menghadapi sebarang bahaya.

Tetapi jika tidak memakai sarung tangan dan visor topi keledarnya terbuka, kulit mungkin terbakar teruk dalam nyalaan api.

Jika penunggang duduk di atas motosikal, kemungkina­n besar motosikal itu tidak ditongkat. Oleh itu, usaha melarikan diri daripada kebakaran mungkin menjatuhka­n motosikal. Tentunya menumpahka­n bahan api dari tangki yang tidak bertutup ke lantai stesen minyak.

Bahan api itu akan menyala dan kebakaran besar akan membahayak­an nyawa ramai orang lain.

Walaupun motosikal itu berdiri di atas tongkat sisi atau tongkat tengah, penunggang yang duduk di atas motosikal masih berpotensi mengalami kecederaan lebih teruk kerana akan mengambil masa untuk turun dan melarikan diri berbanding jika dia berdiri di sebelah motosikal.

Mengambil kira semua itu, jelas tindakan paling bijak adalah turun daripada motosikal manakala mengisi minyak tidak sukar, dan walaupun anda tidak melakukann­ya untuk diri sendiri, jangan pertaruhka­n keselamata­n orang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia