Harian Metro

Bila perlu servis kereta

-

Berapa jarak kilometer perlu servis atau menukar minyak enjin kereta. Kenderaan saya selalu digunakan untuk perjalanan jauh dan bagaimana penjagaan enjin yang betul bagi memastikan jangka hayat enjin tahan lebih lama.

Zaini Rahim, Masjid Tanah, Melaka

Minyak pelincir kereta perlu ditukar seperti dicadangka­n pengeluar atau setiap 5,000 kilometer. Ini untuk memastikan tahap perlindung­an berada di tahap boleh diterima pakai bagi mengelakka­n kerosakan enjin. Minyak akan hilang daya pelinciran sedikit demi sedikit apabila digunakan kerana didedahkan kepada haba enjin dan oksidasi minyak itu sendiri.

Haba akan mengubah struktur molekul minyak pelincir menyebabka­n ia kehilangan daya pelinciran. Selain daripada itu, minyak akan menjadi kotor kerana bercampur dengan bahan logam yang haus apabila enjin beroperasi.

Logam terhaus ini tidak akan kelihatan dengan mata kasar, namun ia wujud dan akan ditakung di dalam takungan minyak. Oleh itu, wajar ia ditukar dengan minyak baru sementara daya pelinciran masih berada dalam tahap yang boleh diterima, kerana minyak pelincir juga mengandung­i bahan pembersih untuk mencuci enjin.

Minyak pelincir juga menyumbang kepada penyejukan enjin dan akan menurun melalui masa. Minyak lama menyebabka­n enjin beroperasi lebih panas daripada biasa dan akan mengakibat­kan kehausan melampau. Selain minyak, pastikan semua peralatan boleh servis (serviceabl­e parts) seperti penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh ditukar menepati julat kilometer yang dicadangka­n. Ini akan dapat menjamin ketahanan enjin dan operasi enjin yang baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia