Harian Metro

Evolusi abaya di Malaysia

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Abaya yang menjadi pakaian tradisiona­l wanita Arab kini antara persalinan diminati wanita di Malaysia. Seiring perkembang­an dunia fesyen yang mengalami pelbagai evolusi, idea kreatif dilahirkan bagi menjadikan abaya fleksibel untuk digayakan dalam apa jua suasana terutama bagi mereka yang ingin tampil sopan namun dalam masa sama masih mengekalka­n pesona elegan.

Bagi yang ingin tampil anggun dan bergaya, Sheikha Souq membawakan koleksi terkini dengan lebih 30 rekaan yang memenuhi cita rasa wanita tempatan.

Pengasasny­a, Farah Khairuddin berkata, abaya Sheikha Souq menggunaka­n fabrik khas seperti nidha, coco, jacquard, linen dan crepe yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai terutama bagi negara yang bercuaca panas.

“Fabrik dipilih berdasarka­n ciri-ciri istimewany­a yang tidak mudah renyuk, mudah digosok, kain tidak melekap pada tubuh dan paling penting potongan abaya adalah longgar dan patuh syariah.

Abaya Sheikha Souq juga mendapat sentuhan pereka dan tukang jahit mahir dari Dubai,” katanya.

Katanya, beliau juga mempelbaga­ikan warna abaya Sheiqa Souq untuk memenuhi permintaan peminat abaya di Malaysia yang sinonim dengan warna-warni berbanding abaya tradisiona­l yang berwarna hitam.

“Begitupun, saya masih mengekalka­n seni Arab dalam abaya yang kaya dengan ciri-ciri sulaman dan taburan batu permata memukau.

“Pelanggan boleh mendapatka­n abaya mengikut saiz ukuran sendiri dan warna pilihan dengan bantuan khidmat nasihat jurujual dan 40 ejen Sheikha Souq di Malaysia, Singapura, Brunei, Switzerlan­d, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar,” katanya.

Abaya Sheikha Souq boleh diperoleh di Butik Shara Islamic Fashion, atau dengan membuat tempahan terus menerusi laman sesawang, sheikhasou­q.com atau Facebook dan Instagram dengan nama Abaya Sheikha Souq.

 ??  ?? PELBAGAI warna lari daripada kelaziman hitam. ABAYA diperbuat fabrik bermutu tinggi selesa dipakai.
PELBAGAI warna lari daripada kelaziman hitam. ABAYA diperbuat fabrik bermutu tinggi selesa dipakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia