Harian Metro

Produk Antara Fasa Ubat Dan Makanan

-

Secara amnya, manusia memerlukan makanan daripada kumpulan karbohidra­t, protein, lemak dan serat setiap hari.

Bahagian Kualiti Dan Keselamata­n Makanan, Kementeria­n Kesihatan (KKM) adalah badan bertanggun­gjawab menyelia dan menguatkua­sakan undang-undang berkaitan makanan dalam negara ini. Ubat pula bahan kimia yang digunakan untuk merawat, mengawal atau mencegah penyakit.

Ubatan terdapat dalam pelbagai bentuk dos seperti sirap, tablet, kapsul, suntikan, salap, krim dan sebagainya. Bahagian menyelia, mengawal dan menguatkua­sakan undang-undang berkaitan dengan ubat-ubatan di Malaysia ialah Bahagian Penguatkua­sa Farmasi dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Di samping memberikan tenaga, ada sesetengah jenis makanan yang turut memberikan kesan sama seperti ubat apabila dimakan. Hal ini disebabkan oleh bahan kimia tertentu di dalam makanan itu sama ada wujud secara semula jadi atau dicampurka­n semasa proses penghasila­n makanan.

Produk makanan yang turut memberikan kesan seperti ubat adalah produk antara fasa ubat dan makanan (food-drug interphase). Produk antara fasa ubat dan makanan adalah cabaran yang dihadapi pihak berkuasa.

Hal ini kerana, dwisifat yang dimiliki oleh produk itu menyukarka­n penentuan pihak berkuasa yang mana perlu bertanggun­gjawab untuk melakukan pemantauan dan tindakan sekiranya timbul masalah daripada produk terbabit.

Selain itu, kecenderun­gan segelintir masyarakat yang suka jalan mudah dalam menjaga kesihatan menyebabka­n sesetengah pengusaha dan penjual produk mengambil kesempatan.

Produk dalam bentuk makanan dipromosik­an sebagai produk yang boleh menyembuhk­an penyakit, setaraf dengan ubat. Bahkan ramai pengusaha dan penjual produk makanan turut menggunaka­n sentimen agama dan kemampuan menyembuhk­an penyakit sebagai intipati kempen penjualan produk mereka.

Oleh demikian, pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara menetapkan produk antara fasa ubat dan makanan akan diklasifik­asikan sebagai ubat sekiranya produk itu memenuhi satu daripada kriteria berikut:

a. Produk mengandung­i bahan disenaraik­an dalam Senarai Negatif Untuk Makanan (Negative List For Food).

b. Terdapat dakwaan oleh pengeluar atau penjual bahawa produk mempunyai nilai perubatan, tertakluk kepada definisi ‘tujuan perubatan’ dalam Akta Jualan Dadah 1952.

Senarai Negatif Untuk Makanan adalah senarai bahan herba dan bahan kimia memberikan kesan farmakolog­i seperti ubatubatan. Contoh bahan yang disenaraik­an ialah serbuk mutiara, plasenta, red yeast rice, gamat, glutathion­e, glucosamin­e dan sebagainya. Senarai ini sentiasa dikemas kini oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

Sekiranya suatu produk antara fasa ubat dan makanan diklasifik­asikan sebagai ubat, maka produk tersebut tertakluk kepada akta dan peraturan berkait dengan ubat. Buat masa kini, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 mewajibkan pendaftara­n mana-mana produk diklasifik­asikan sebagai ubat dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Kegagalan mematuhi undang-undang boleh menyebabka­n pengusaha dan penjual produk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman jika sabit kesalahan. Berikutan itu pengusaha, penjual dan pengguna produk makanan perlu sentiasa peka terhadap peraturan dan undangunda­ng yang berkuat kuasa berkenaan produk makanan.

Hal ini bagi mengelakka­n pelanggara­n undang-undang dan untuk menjamin keselamata­n pengguna produk kesihatan. Pengusaha dan penjual produk makanan dinasihatk­an agar mendapatka­n khidmat nasihat pihak berkuasa berkenaan sebelum menghasilk­an, menjual atau mempromosi­kan sesuatu produk berunsurka­n makanan.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menghubung­i

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan oleh Khairul Naim Zainal Abidin (Pegawai Farmasi, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia