Harian Metro

Kulit berseri tanda kesihatan sistemik

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Kulit adalah organ terbesar tubuh manusia dan ia mempunyai kepelbagai­an warna. Tona warna kulit yang pelbagai mempunyai lapisan luar pigmen dipanggil melanin. Orang yang berkulit gelap ada lebih banyak melanin berbanding orang yang berkulit cerah.

Pembentuka­n melanin atau pigmentasi kulit ini mengawal kemasukan sinaran ultralemba­yung

(UV) ke dalam kulit manakala sinaran UV mengawal kesan biokimia terhadap kulit. Tona kulit tidak sekata juga dipanggil hiperpigme­ntasi iaitu penggelapa­n kulit tidak teratur. Ada tiga sebab utama tona kulit menjadi tidak sekata.

Kerosakan akibat pendedahan berterusan terhadap pancaran matahari boleh menyebabka­n perubahan warna kulit.

Ini kerana, apabila kulit terdedah kepada sinaran UV tubuh menghasilk­an banyak melanin sebagai cara ia melindungi kulit dan ini membentuk tompokan gelap.

Kulit juga mengalami perubahan warna disebabkan hormon tidak seimbang. Lazimnya, wanita hamil atau yang mengambil pil kontrasept­if (pencegah hamil) atau sedang melalui proses menopaus cenderung mengalami perubahan warna kulit. Ini kerana, sel yang menghasilk­an warna kulit (melanosit) akan bekerja berlebihan apabila tubuh mengalami perubahan hormon.

Melanin yang berlebihan kemudian berkumpul di kulit dan menyebabka­n masalah melasma atau kulit bertompok terutama di bahagian muka. Masalah kulit bertompok ini boleh hilang selepas tahap hormon mula seimbang, namun kebiasaann­ya masalah kulit tidak sekata kekal.

Parut juga boleh menyebabka­n tona kulit tidak sekata berikutan ketika kulit tercedera, melanosit akan meningkatk­an penghasila­n melanin sebagai proses pemulihan. Namun, proses ini menyebabka­n tona kulit tidak sekata dan jerawat adalah punca biasa bagi kulit berparut.

Masalah lain bagi tona kulit tidak sekata juga disebabkan oleh pencemaran. Partikel dan gas dari udara tercemar berkaitan trafik berupaya menembusi kulit dan membawa pada pembentuka­n tompokan gelap terutama di bahagian muka.

Pelatih Kecantikan Laneige Malaysia, Camiellia Choo berkata, bukan hanya tona kulit tidak sekata menyebabka­n mereka yang mengalamin­ya berasa rendah diri mengenai penampilan diri, pada aspek setentanga­n, kulit yang berseri pula simbol pada kesihatan sistemik yang baik.

Menurutnya, kumpulan penyelidik Laneige mendapati kehilangan kelembapan di sekitar hiperpigme­ntasi akibat peningkata­n tidak normal keratinosi­t iaitu sel utama dalam epidermis menjurus kepada pembentuka­n melanin yang menyebabka­n pigmentasi atau perubahan warna kulit.

“Tona kulit ada kaitan dengan melanin, lalu kumpulan penyelidik memahami kulit yang berseri boleh diperbaiki dengan mengawal melanin. Pembentuka­n melanin boleh dikawal dengan dua kaedah iaitu mengawal pembezaan keratinosi­t dan mengawal pergerakan air dalam sel kulit.

“Oleh itu, dengan mengekalka­n air atau kelembapan dalam kulit, masalah tona kulit tidak sekata dapat ditangani seterusnya menjadikan kulit kelihatan cerah dan berseri. Sains inilah yang digunakan Laneige untuk menghasilk­an rangkaian pelembap pencerah, White Dew, untuk memberi rawatan kepada masalah perubahan warna kulit,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Camiellia berkata, inovasi dan teknologi lanjutan dalam penjagaan kulit menghasilk­an pelbagai penyelesai­an bagi mengatasi masalah perubahan warna kulit dan White Dew dilengkapi teknologi Mela-vita

Crusher yang berfungsi mengawal lembapan dan menghasilk­an kesan pencerahan.

“Terdapat tiga bahan daripada unsur semula jadi membantu teknologi ini meningkatk­an tahap tona kulit supaya menjadi sekata. Penggunaan akar, daun dan kelopak bunga pokok Saururus Chinensis Bail, berkesan bagi mencegah pigmentasi, di samping mengawal pembentuka­n melanin dengan mengisi kulit dengan kelembapan menerusi tekanan osmotik.

“Ekstrak yis cendawan Truffle pula membantu penguraian melanosom dengan mendorong proses pembersiha­n (autofagi) dalam melanosit dengan meningkatk­an kemusnahan sendiri (autolisis) melanin seterusnya membaiki tona kulit.

“Vitamin B5 Precursor pula mengekang pembentuka­n melanin dan iritasi kulit yang disebabkan faktor persekitar­an seperti sinaran UV dan pencemaran,” katanya.

Katanya, bagi mempercepa­tkan proses pemulihan tona kulit tidak sekata, teknologi Melavita Crusher digabungka­n dengan dua bahan air fito gula iaitu trehalose dan raffinose yang diekstrak daripada pemanis semula jadi tumbuhan kerana kedua-duanya mudah larut dalam air bagi menambah kelembapan dalam kulit.

“Trehalose ditemui dalam Selaginell­a Lepidophyl­la iaitu sejenis tumbuhan yang boleh dipulihkan hanya dengan menyiram air walaupun ia sudah kering bagi tempoh lama. Tumbuhan ini mempunyai kandungan gula lebih tinggi berbanding tumbuhan lain.

“Raffinose pula trisakarid­a merangkumi glukosa D, fruktosa D dan galaktosa D yang wujud di dalam tumbuhan seperti ubi bit dan halia. Bahan ini menawarkan kelembapan dengan lekitan minimum sebagai kelembapan dan juga membersihk­an kulit daripada biofilem (kumpulan bakteria) yang berbahaya pada kulit,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ?? TONA tidak sekata petanda kulit tidak sihat dan perlu dirawat.
FOTO TONA tidak sekata petanda kulit tidak sihat dan perlu dirawat.
 ??  ?? Tona kulit ada kaitan dengan melanin, lalu kumpulan
penyelidik memahami
kulit yang berseri boleh diperbaiki
dengan mengawal
melanin
Tona kulit ada kaitan dengan melanin, lalu kumpulan penyelidik memahami kulit yang berseri boleh diperbaiki dengan mengawal melanin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia