Harian Metro

Berus gigi 30 minit lepas makan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Ada banyak mitos mengenai penjagaan gigi yang sering diamalkan kebanyakan orang tanpa menyedari ia adalah teknik yang salah. Contohnya, memberus gigi sehari sekali sudah memadai untuk mengelak daripada mengalami sakit gigi sebenarnya salah.

Maklumat yang salah membawa kepada tabiat kesihatan pergigian tidak selamat, malangnya masyarakat terlepas pandang isu ini dan menganggap penjagaan gigi ini satu perkara remeh.

Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia baru-baru ini, Persekutua­n Pergigian Dunia (FDI) berusaha menyingkir­kan kepercayaa­n salah di seluruh dunia berhubung amalan kesihatan mulut yang baik.

Ini bertujuan menggalakk­an orang ramai memiliki lebih banyak pengetahua­n dan mengambil tindakan sewajarnya. Kesihatan mulut penting terhadap seluruh kesihatan dan kesejahter­aan berikutan ia memberi impak terhadap setiap aspek kehidupan kita.

Hari Kesihatan Mulut Sedunia dilancarka­n oleh FDI pada 20 Mac setiap tahun bagi meningkatk­an kesedaran global mengenai pencegahan dan kawalan penyakit mulut. Tema sambutan tahun ini adalah Pintar Jaga Mulut.

Tinjauan FDI menerusi agensi penyelidik­an, YouGov, yang dijalankan di 12 negara mendapati jurang yang besar antara kepercayaa­n orang ramai mengenai amalan kesihatan mulut yang baik, berbanding apa yang mereka amalkan.

Kaji selidik ini dijalankan secara dalam talian dari 20 hingga 31 Januari lalu membabitka­n 12,849 orang berusia 18 tahun ke atas di Britain, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jepun, Kanada, Brazil, Mexico, Poland, Afrika Selatan, India dan Mesir.

Lapan daripada negara yang ditinjau melaporkan lebih 50 peratus responden berpendapa­t penting memberus gigi setiap kali selepas makan. Responden dari Brazil, Mexico, Mesir dan Poland paling ramai mengamalka­n kepercayaa­n mengenai kesihatan mulut yang tidak betul ini.

Presiden FDI, Dr Patrick Hescot berkata, pihaknya mengesyork­an untuk menunggu sekurangku­rangnya 30 minit selepas makan sebelum memberus gigi bagi mencegah kelemahan enamel gigi.

“Keputusan tinjauan ini menekankan percanggah­an membimbang­kan antara ilmu pengetahua­n dan amalan sebenar kesihatan mulut yang baik.

“Kami ingin setiap orang mengawal kesihatan mulut mereka sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia tahun ini. Mereka perlu memahami dengan mengamalka­n tabiat kebersihan mulut yang baik, mencegah faktor risiko dan membuat pemeriksaa­n gigi secara berkala dapat membantu melindungi mulut mereka,” katanya.

Katanya, mulut yang sihat membolehka­n kita bercakap, senyum, menghidu, merasa, menyentuh, mengunyah, menelan dan menonjolka­n pelbagai jenis emosi dengan yakin dan tanpa sebarang kesakitan, ketidaksel­esaan serta penyakit. Kesihatan mulut penting dan membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik.

“Kebanyakan negara ditinjau mempunyai kepercayaa­n salah bahawa berkumur-kumur dengan air selepas memberus gigi adalah penting. Berdasarka­n tinjauan, Brazil, Afrika Selatan, Mexico , India dan Kanada didapati paling banyak mengamalka­n kepercayaa­n mitos ini.

“Sebenarnya orang ramai disyorkan supaya tidak berkumur-kumur dengan air sejurus memberus gigi bagi membolehka­n

 ??  ?? Kebanyakan negara ditinjau mempunyai kepercayaa­n salah bahawa berkumur-kumur dengan air selepas memberus gigi adalah penting
Kebanyakan negara ditinjau mempunyai kepercayaa­n salah bahawa berkumur-kumur dengan air selepas memberus gigi adalah penting

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia