Harian Metro

Afiq idam jadi pemain bowling berjaya

-

Johor Bahru: Siapa sangka remaja berusia 17 tahun mampu menewaskan 165 peserta lain dalam Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall, semalam, selepas mencatat 481 jatuhan pin.

Muhamad Afiq Ozaini

(gambar) dari kumpulan Phantom X berjaya mengumpul pin itu dalam tiga set permainan sekali gus dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan dan membawa pulang hadiah istimewa berupa bola bowling.

Malah anak kedua daripada tiga beradik itu tidak menyangka akan memenangi gelaran pemain terbaik itu memandangk­an dia terpaksa bersaing dengan pemain jauh lebih berpengala­man dan berkemahir­an tinggi.

“Saya terkejut apabila nama terpapar di skrin keputusan sebagai pemain terbaik kerana selama ini, saya hanya pemain yang mencatat jatuhan pin lingkungan pertengaha­n.

“Alhamdulil­lah, ini semua rezeki dan saya bersyukur mengambil keputusan untuk menyertai kejohanan ini.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai pembakar semangat supaya menjadi pemain bowling yang lebih baik dan berkemahir­an tinggi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah, semalam.

Muhamad Afiq yang juga pelajar Tingkatan 5 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi berkata, dia sentiasa memasang impian untuk memenangi gelaran tertentu sebagai motivasi kepada diri sendiri dan rakan seperjuang­an membaiki mutu permainan dan melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Walaupun pasukannya hanya menduduki tangga keenam, kemenangan­nya sebagai pemain terbaik sedikit sebanyak menceriaka­n pasukanya sekali gus mengharumk­an nama sekolah mereka.

Katanya, berbekalka­n semangat sedia ada, dia akan berusaha bersungguh-sunguh untuk merealisas­ikan cita-citanya menjadi pemain bowling sepenuh masa dan mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan pada masa akan datang.

“Saya anggap kemenangan ini sebagai pembakar semangat supaya menjadi pemain bowling yang lebih baik dan berkemahir­an tinggi pada masa akan datang”

Muhamad Afiq Ozaini

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta pusingan akhir bergambar kenangan.
SEBAHAGIAN peserta pusingan akhir bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia