Harian Metro

PALAPES USIM TAWAN RINJANI

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Rinjani dengan ketinggian 3,726 meter dari aras laut ialah gunung kedua tertinggi di Indonesia dan tersenarai antara gunung berapi tercantik di dunia.

Laluan menuju ke puncak gunung itu diakui antara trek mencabar, namun itu bukan alasan mengelak kerana pemandanga­n indah ditempuh sepanjang jalan ke puncak sukar diungkap dengan kata-kata.

Justeru usaha menawan puncak itu bukan saja disertai 12 Pegawai Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) malah

Naib Canselor universiti itu, Datuk Dr Musa Ahmad turut menyertai ekspedisi Misi Kembara Muhibbah Menyelusur­i Khazanah Bumi Lombok bersama Pengarah Pusat Pembanguna­n Kemahiran Insaniah (PPKI) Dr Abdul Manan.

Musa menyifatka­n biarpun jarak usianya jauh berbanding pendaki lain dalam ekspedisi ini, dia optimis dapat menawan puncak berbekalka­n pengalaman pendakian Gunung Kinabalu sebanyak tiga kali.

“Saya bersyukur diberikan kekuatan serta kudrat mengikuti aktiviti pendakian seperti ini. Mendaki tidak dinafikan satu aktiviti mencabar, namun berbekalka­n aspek ‘naqli dan aqli’ disemat sepanjang misi ini Alhamdulil­lah saya bersama pendaki lain sampai ke puncak.

“Lebih bermakna dalam misi pendakian ini sebahagian daripada kami bertolak lebih awal bagi melawat sekolah tahfiz di sana dan pada malam baru pendakian bermula. Kami tidak pergi dengan kosong, sepanjang pendakian itu kami turut berkesempa­tan menunaikan ibadah secara berjemaah, melaungkan azan Subuh serta melangsung­kan sesi tazkirah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA peserta ekspedisi.
BERSAMA peserta ekspedisi.
 ??  ?? TERSERLAH kegembiraa­n sewaktu sampai
di puncak.
TERSERLAH kegembiraa­n sewaktu sampai di puncak.
 ??  ?? MENARIK ibarat lukisan.
MENARIK ibarat lukisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia