Harian Metro

GRO BERTUDUNG

Pusat hiburan berselindu­ng di sebalik restoran tawar GRO bertudung sebagai peneman

- Skuad Jenayah Harian Metro am@hmetro.com.my

Pelayan restoran tomyam ini bertudung, tetapi mereka yang terdiri daripada warga tempatan dan Selatan Thailand sedia menjadi pelayan pelanggan atau GRO di bilik karaoke untuk hibur lelaki hidung belang, dedah Skuad Jenayah Harian Metro

Di bahagian depan ia hanya sebuah restoran masakan panas atau warung tomyam seperti di kebanyakan tempat di negara ini. Bagaimanap­un, di belakangny­a tersembuny­i hiburan mengasyikk­an menjadikan­nya tidak putus-putus dikunjungi lelaki hidung belang.

Dengan hanya bayaran RM60, golongan lelaki berkenaan dapat menikmati layanan istimewa daripada gadis manis termasuk yang bertudung sambil berkaraoke.

Menariknya, gadis terbabit bekerja sebagai pelayan restoran di bahagian depan dan jika ada permintaan dari bilik karaoke, mereka segera memenuhi tuntutan tugasan itu.

Premis hiburan berselindu­ng di sebalik perniagaan makanan terletak di pinggir bandar ini dipercayai beroperasi secara haram dengan menyediaka­n wanita pelayan pelanggan (GRO) warga tempatan dan selatan Thailand.

Bagi mengesahka­n dakwaan itu, wartawan

Metro Ahad melakukan kunjungan sebanyak dua kali ke situ dan terkejut apabila mendapati beberapa gadis bertudung bekerja sebagai GRO dan boleh dipilih sendiri pelanggan.

Malah, lelaki yang berminat dengan servis ditawarkan itu dapat menikmati layanan ‘ringan-ringan’ daripada GRO berkenaan ketika berhibur di bilik karaoke disediakan itu.

Tinjauan mendapati pelanggan perlu membayar RM30 untuk tempoh sejam untuk sewa bilik karaoke dan tambahan RM30 bagi seorang gadis pelayan.

Pelanggan perlu membuat tempahan terlebih dahulu berikutan hanya ada dua bilik karaoke dan mereka perlu mengikut giliran masa ditetapkan.

Namun, hanya individu tertentu dan dikenali dibenarkan untuk membuat tempahan bagi mengelak daripada kegiatan dihidu pihak berkuasa.

Bagi mendedahka­n kegiatan terbabit, wartawan menempah bilik karaoke selama dua jam dengan bayaran RM60 dan tambahan RM120 bagi mendapatka­n khidmat dua gadis pelayan berkenaan.

Ada tiga hingga lima GRO disediakan dan wartawan dibenarkan memilih gadis yang dikehendak­i sebagai peneman untuk berhibur.

Ketika berada di dalam bilik karaoke, wartawan sempat berbual dengan seorang GRO yang dikenali sebagai Ida, 20-an.

Difahamkan, gadis bertudung berkenaan bekerja sebagai pelayan di restoran itu sejak tiga bulan lalu.

Katanya, di samping bekerja sebagai pelayan di restoran itu, dia melakukan tugas melayan pelanggan di bilik karaoke bagi memperoleh pendapatan tambahan.

“Pendapatan sampingan diperoleh sekiranya ada pelanggan yang mahu saya melayan mereka berhibur di bilik karaoke.

“Karaoke ini beroperasi dari jam 9 malam hingga 2 pagi. Setiap pekerja akan mendapat sekurang-kurangnya satu tempahan setiap malam,” kata gadis tempatan yang mendakwa berasal dari

Tanah Merah terbabit.

Bagaimanap­un, tinjauan kali kedua wartawan pada minggu lalu mendapati pelayan bertudung terbabit sudah tidak bekerja di situ berikutan dikatakan kurang mendapat sambutan pelanggan.

Sebaliknya premis terbabit kini menyediaka­n khidmat gadis seksi bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Difahamkan, terdapat tiga gadis seksi warga tempatan berusia 19 hingga 25 tahun mengambil alih tugas melayan pelanggan di bilik karaoke dengan kadar bayaran sama.

 ??  ?? Pelayan restoranto­myam sediajadit­eman
karaoke
Pelayan restoranto­myam sediajadit­eman karaoke
 ??  ?? SET karaoke yang digunakan di restoran terbabit untuk menghiburk­an pelanggan.
SET karaoke yang digunakan di restoran terbabit untuk menghiburk­an pelanggan.
 ??  ??
 ??  ?? DUA gadis pelayan bersantai sambil berkaraoke dalam suasana gelap sementara menunggu pelanggan.
DUA gadis pelayan bersantai sambil berkaraoke dalam suasana gelap sementara menunggu pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia