Harian Metro

KIM SWEE DIGUGUR HAMIDIN KEKAL

„ Presiden baru FAM dengan pantas lakukan rombakan kecil barisan kejurulati­han

- Aziman Rosdi dan Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

Melantik bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mario Gomez untuk mengendali­kan skuad Harimau Malaysia menggantik­an Datuk Ong Kim Swee adalah tindakan pantas yang dilakukan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas dipilih secara rasmi sebagai presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.

Selepas selesai pemilihan Kongres FAM ke-53 itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) tidak mengambil masa lama sebaliknya terus menerangka­n

mengenai pelan jangka pendek yang ingin dilaksanak­an segera termasuk rombakan dalam barisan kejurulati­han skuad kebangsaan.

Beliau yang menang tanpa bertanding jawatan presiden selepas Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menarik diri menyatakan Gomez akan memulakan tugas minggu depan manakala Kim Swee akan mengambil alih jawatan Frank Bernhardt bersama skuad remaja.

“Saya ada Mario Gomez untuk menggantik­an Datuk Ong Kim Swee dan Datuk Ong Kim Swee akan mengendali­kan skuad bawah 23 tahun, sudah pasti Mario Gomez memerlukan penolong, saya benarkan beliau untuk memilih barisan staf kejurulati­hannya.

“Tapi saya akan melihat prestasi Gomez, jika ada peningkata­n dari segi permainan beliau akan kekal, jika tidak memenuhi sasaran maka kita perlu tukar. Untuk membuat pertukaran kita kena lihat jurulatih yang masih ada kontrak dan saya kena beri keutamaan kepada duit yang FAM ada juga,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.

Sebelum ini sudah ada bayangan buat Tunku Ismail membawa masuk Gomez ke skuad kebangsaan selepas pengendali dari Argentina itu meninggalk­an Johor DT 18 Januari lalu atas persetujua­n bersama dengan pencapaian menjuarai Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala AFC pada 2015 dan Piala FA dan Liga Super 2016.

Mengulas mengenai kedudukan Bernhardt yang akan kehilangan tugas kepada Kim Swee, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor DT berkata, beliau akan mengadakan perbincang­an bersama sebaik jurulatih Jerman itu pulang ke tanah air minggu depan selepas selesai tugasan di Kejohanan Piala Dubai.

“Kita akan bincang dengan beliau, saya akan berjumpa dengan beliau sendiri dan lihat apa persetujua­n yang kita akan putuskan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GOM EZ
GOM EZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia