Harian Metro

SETIA BERSAMA ANDA

„ Kumpulan Lite Superbowl rangkul kejuaraan Bowling Best! Harian Metro

- Izlaily Nurul Ain Hussein & Norazimah Narudin sukan@hmetro.com.my

Latihan setiap hari di gelanggang bowling majikan di Danga City Mall di sini, membolehka­n kumpulan Lite Superbowl merangkul juara Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall, semalam.

Kumpulan Lite Superbowl berjaya mengumpul 1,595 jatuhan pin mengalahka­n naib johan Pemuda B (1,579 pin) diikuti Mr Big Family Bistro (1,533 pin).

Pasukan dibarisi Roslan Md Isa, 49, Mohd Haikal Downs, 30, dan Nurzul Mubarah Shrizat, 19, yang juga kakitangan Pusat Bowling Lite Superbowl mempamerka­n aksi menarik dengan jatuhan pin konsisten sepanjang kejohanan.

Menurut Roslan, mereka tidak menyangka mampu muncul juara memandangk­an semua peserta yang mengambil bahagian mempunyai kelebihan tersendiri termasuk mereka yang sering bermain di Sahara Bowl & Cafe.

“Kami sering mengambil bahagian dalam pertanding­an bowling tapi tidak menyangka kali ini pasukan kami mampu muncul juara.

“Ini kerana bermain di pusat bowling lain mempunyai pelbagai cabaran selain berdepan pasukan berpengala­ma luas.

“Bagaimanap­un, kami bersyukur atas kejayaan ini dan berharap dapat meraih pelbagai kemenangan lain pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas menerima hadiah, semalam.

Roslan berkata, pasukannya mengadakan latihan setiap hari dan bersedia 100 peratus dari segi mental dan fizikal sebelum kejohanan bermula.

Katanya, kemudahan yang ada di pusat bowling di tempat mereka bekerja menjadi satu kelebihan untuk mereka berlatih setiap hari dan membaiki segala kelemahan.

“Terdapat sedikit cabaran apabila kami perlu menyesuaik­an diri dengan lorong yang tidak pernah kami cuba.

“Kami terpaksa belajar dan menyesuaik­an diri bagaimana mahu membaling bola namun syukurlah, kami cepat mendapat rentak berbanding kumpulan lain,” katanya.

Menurutnya, kemenangan kali ini sedikit sebanyak mengharumk­an nama Pusat Bowling Lite Superbowl di Danga City Mall.

 ??  ??
 ?? FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN ?? KUMPULAN Lite Superbowl lakar sejarah tersendiri.
FOTO: ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN KUMPULAN Lite Superbowl lakar sejarah tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia