Harian Metro

44 SENAPANG RELA HILANG

Senjata anggota RELA hilang secara mencurigak­an

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Gempar apabila sebanyak 44 laras senapang milik Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dilaporkan ‘ghaib’ selepas disyaki dilarikan dan dijual secara haram.

Kegiatan penyelewen­gan itu dibongkar hasil kejayaan risikan dan siasatan audit Polis Kontinjen Kedah, Bahagian Perlesenan Senjata Api Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan Task Force Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Sumber berkata, pihak polis bertindak menjalanka­n pemeriksaa­n mengejut terhadap ibu pejabat RELA itu yang terletak di utara tanah air sejak awal minggu ini.

Menurutnya, siasatan polis yang turut membabitka­n

Jabatan Siasatan

Jenayah Berat

(D9) Kedah bagaimanap­un mendapati 44 laras senapang milik RELA

Wilayah Utara

Perak lesap dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil soal siasat kemudian mendapati semua senapang yang digunakan anggota sukarelawa­n Selama, Perak, itu dilarikan salah seorang pegawai RELA di kawasan itu.

“Siasatan mendapati pegawai RELA itu menjual senjata api berkenaan kepada individu tertentu pada harga semurah RM2,000 hingga RM3,000 selaras,” katanya.

Menurutnya, suspek utama terbabit dipercayai turut dibantu beberapa anggota RELA lain yang sudah diberkas polis sejak Rabu lalu.

“Setakat ini sekurang-kurangnya enam individu berjaya ditahan polis berhubung kes penjualan senjata api RELA secara haram itu susulan serbuan di beberapa lokasi

Salah seorang pembeli yang diberkas mengaku membeli senjata api itu dari suspek utama. Beberapa laporan polis sudah dibuat di Bukit Selambau dan Serdang di Kedah berhubung kejadian itu.” Sumber

di Selama, Bukit Merah, Kerian, Batu Kurau dan Bagan Serai, Perak.

“Penahanan turut membabitka­n beberapa individu dipercayai pembeli senjata api terbabit dalam kalangan warga tempatan,” katanya.

Dia berkata, tidak kurang lapan laras senapang itu yang sudah dijual berjaya dirampas semula pihak polis.

“Salah seorang pembeli yang diberkas mengaku membeli senjata api itu daripada suspek utama. Beberapa laporan polis sudah dibuat di Bukit Selambau dan Serdang di Kedah berhubung kejadian itu.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 7, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 atas kesalahan berdagang senjata api dan Seksyen 8 akta sama kerana memiliki senjata api,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia