Harian Metro

KOMPLOT PENGGANAS

IPD Tapah disasar Daish ditingkat kawalan keselamata­n

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Seramai tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daish diberkas di sekitar daerah ini sejak tahun lalu dengan tangkapan terbaru membabitka­n dua lelaki di pekan Tapah dan Bidor pada 17 Mac lalu seperti yang didedahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superinten­dan Somsak Din Keliaw berkata, tiga kes itu membabitka­n tangkapan lelaki di Chenderian­g pada tahun lalu dan tangkapan terbaru di Tapah serta Bidor, di sini yang turut membongkar rancangan kumpulan pengganas ingin melancarka­n serangan terhadap balai polis di daerah ini termasuk ancaman bom.

Menurutnya, susulan ancaman baru itu, pihaknya memperting­katkan kawalan keselamata­n dengan menempatka­n anggota lengkap bersenjata untuk berkawal terutama pada program tertentu.

“Sebenarnya kawalan keselamata­n di semua formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara termasuk Perak memang sudah dipertingk­atkan sejak tahun lalu ekoran ancaman kumpulan militan Daish, namun pada Sambutan Hari Polis ke-210 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tapah hari ini (semalam) kawalan diperketat­kan lagi dengan beberapa anggota berkawal di sekitar kawasan dan bangunan IPD.

“Langkah berjaga-jaga ini diambil selepas pendedahan dibuat KPN mengenai tangkapan sembilan individu ahli kumpulan militan Daish termasuk dua di Tapah dengan seorang daripadany­a mengancam ingin mengebom balai polis,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Polis ke-210 Peringkat IPD Tapah di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaa­n terhadap orang keluar masuk ke dalam IPD turut diperketat­kan bagi mengelak sebarang kemungkina­n yang tidak diingini berlaku.

“Sejak tahun lalu, mana-mana balai polis kecil sudah diarahkan tutup pintu pagar bermula jam 7 malam, manakala IPD pula jam 12 tengah malam. “Bagi orang ramai yang ingin berurusan, mereka boleh menghubung­i nombor yang tertera di balai polis berkenaan, selain melapor diri dengan pengawal yang bertugas di pos kawalan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dua lelaki yang ditahan pada 17 Mac lalu, Somsak berkata pihaknya tidak boleh mendedahka­n maklumat lanjut mengenainy­a kerana masih dalam siasatan polis.

“Dengan tertangkap­nya dua lelaki terbabit polis berusaha tingkatkan lagi risikan untuk mengenal pasti sama ada terdapat individu lain di daerah ini terbabit sebarang aktiviti kumpulan pengganas, kerana berdasarka­n apa yang didedahkan KPN, seorang daripadany­a adalah individu yang bertanggun­gjawab merekrut ahli baru militan Daish,” katanya.

Khalid dalam satu kenyataan kelmarin, mendedahka­n sembilan individu ditangkap antara 15 hingga 21 Mac lalu di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Johor kerana disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan pengganas Daish.

Beliau berkata, di Perak tiga individu ditangkap iaitu satu tangkapan di Ipoh pada 16 Mac dan dua lagi tangkapan 28 tahun keesokan harinya di Tapah dengan seorang daripadany­a berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai makan merancang menyerang balai polis Tapah.

 ??  ?? KAWALAN keselamata­n di IPD Tapah dipertingk­atkan pada sambutan Hari Polis ke-210.
KAWALAN keselamata­n di IPD Tapah dipertingk­atkan pada sambutan Hari Polis ke-210.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia