Harian Metro

PBT tak keluar permit pusat karaoke

-

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluark­an lesen atau permit bagi pusat karaoke yang bertujuan untuk hiburan di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Machang (MDM) Mohd Zainudin Mohamed berkata, mana-mana pusat hiburan seperti karaoke, snuker dan judi yang beroperasi di daerah terbabit beroperasi secara haram.

Katanya, mereka melakukan kegiatan terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Hiburan Negeri Kelantan.

“Kebanyakan pusat karaoke dikesan beroperasi secara haram dan berselindu­ng bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Bagaimanap­un, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menjalanka­n aktiviti melanggar Enakmen Hiburan Negeri Kelantan,” katanya ketika dihubungi.

Zainudin berkata, buat masa ini hanya kelas muzik atau nyanyian bertujuan pembelajar­an saja diberikan permit.

“Manakala, bagi snuker pula hanya untuk aktiviti sukan atau latihan.

“Malah, bagi persembaha­n seperti nyanyian, tarian, muzik dan sebagainya yang dilakukan di khalayak ramai pihak penganjur perlu memohon permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Machang.

“Bagaimanap­un, ianya akan mendapat kebenaran sekiranya mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Bagi persembaha­n seperti nyanyian, tarian, muzik dan sebagainya yang dilakukan di khalayak ramai pihak penganjur perlu memohon permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Daerah Machang” Mohd Zainudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia