Harian Metro

Tak sabar nak jumpa suami

-

Hariyanti Hamsi tidak dapat menahan air matanya apabila dimaklumka­n suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 33, antara tiga lagi mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf yang diselamatk­an pasukan keselamata­n Filipina, malam kelmarin.

Dia turut melahirkan rasa kegembiraa­n selepas menerima berita mengenai Mohd Ridzuan bersama dua lagi mangsa culik iaitu Fandy Bakran, 27 dan Mohd Jumadil Rahim, 24, kini sudah dibebaskan.

Menurutnya, dia tidak sabar untuk bertemu suaminya selepas terpisah selama lapan bulan sejak kejadian culik itu.

“Saya gembira dan terkejut mendengar berita ini. Malah, saya bertambah yakin bahawa mereka diselamatk­an selepas menerima panggilan daripada kakak ipar yang mendapat pengesahan berhubung perkara itu daripada Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Syukur... Alhamdulil­lah kerana doa saya selama ini dimakbulka­n Allah. Sejak seminggu lalu, anak saya Nur Ain Sufiah yang berusia tiga bulan seolah-olah bercakap ayahnya akan pulang tidak lama lagi,” katanya di kediamanny­a di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat, di sini, semalam.

Menurut Hariyanti, dia berharap pertemuan dengan suaminya dapat dipercepat­kan seperti dua lagi mangsa yang sebelum ini diselamatk­an dan sudah bertemu dengan ahli keluarga masing-masing.

“Harapan saya pertemuan kami

(dengan suami) diaturkan secepat mungkin dan kalau boleh memang mahu cepat berjumpa dengan suami. Saya juga berhajat mahu mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran,” katanya sambil menitiskan air mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia