Harian Metro

Dituduh cuba bunuh polis

-

Padah cuba membunuh polis dengan merempuh anggota berkenaan dalam kejadian 19 Mac lalu, seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Tertuduh, Ahmad Nizam Ishak, 30, mengaku faham apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa dan mengaku tidak bersalah.

Dia kemudian merayu wang jaminan yang bakal dikenakan tidak terlalu tinggi kerana mempunyai empat anak manakala isterinya tidak bekerja.

Selepas mendengar rayuan itu, Hakim Kamarudin Kamsun menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan selain mengarahka­n tertuduh menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

Pada masa sama, Kamarudin menetapkan 26 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan mengarahka­n suspek melantik peguam untuk membelanya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menculik seorang suri rumah, bulan lalu.

Keempat-empat tertuduh, Beh Joo Siong, 31, Lee Fa Xian, 30, Soh Wei Lon, 35, dan Agustinus Ratu, 39, mengaku faham akan pertuduhan selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh yang berpakaian lokap

 ??  ?? AHMAD Nizam dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
AHMAD Nizam dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia