Harian Metro

DEMIMU LUQMAN

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Sanggup melepaskan kerjaya sebagai pengarah eksekutif sebuah yayasan syarikat perbankan demi membangunk­an masa depan anak yang mempunyai masalah autisme.

Itu pengorbana­n murni dilakukan seorang bapa, Mohd Adli Yahya, 53, untuk permata keduanya, Muhammad Luqman Shariff, 18.

Bapa kepada enam anak itu berhenti kerja kerana mahu memberi sepenuh tumpuan kepada Autisme Cafe Project yang dibangunka­n sejak Mac tahun lalu untuk memberi peluang kepada remaja autisme bekerja termasuk Muhammad Luqman.

Mohd Adli berkata, selain melepaskan kerjaya bergaji lumayan, dia juga terpaksa bergadai harta termasuk menjual sebuah kenderaan dan meminta bantuan kenalannya untuk membuka kafe berkenaan.

“Sebagai bapa, saya selalu risau masa depan anak istimewa saya dan sedar masa saya tidak lama, tetapi bagaimana nasib anak saya nanti bila saya sudah tiada.

“Saya berbincang dengan isteri supaya melakukan sesuatu untuk anak memandangk­an kami sedar zaman sekarang bukan mudah seorang anak istimewa bersaing dengan orang normal.

“Saya nekad berhenti kerja pada Disember 2015 dan membuka kafe ini pada Mac tahun lalu secara kecil-kecilan di tepi rumah kami untuk memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada anak kami itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimanap­un kafe itu yang pada mulanya dibangunka­n bersama Persatuan Orang-Orang Kurang Upaya Subang Jaya tidak dapat bertahan lama kerana kurang mendapat sambutan.

“Alhamdulil­lah, mungkin rezeki Muhammad Luqman, permohonan saya diluluskan iM4U yang memberi kebenaran kepada saya menggunaka­n ruang niaga di Kompleks Rakan Muda, iM4U Sentral di Puchong pada Ogos tahun lalu.

“Selain dia, saya juga memberi peluang kepada remaja autisme lain menyertai projek ini. Sehingga kini, saya melatih lima remaja senasib anak saya sekitar Puchong dan Subang Jaya,” katanya. Menurutnya, setiap remaja berkenaan dipadankan

dua orang setiap

„ Bapa berhenti kerja sebagai pengarah eksekutif fokus masa depan anak autisme menerusi projek kafe

hari untuk melayan pelanggan dan menguruska­n kerja di kafe berkenaan, tetapi dipantau sepenuhnya oleh beliau.

“Setiap hari, mereka bekerja mengikut giliran dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Anak istimewa ini tak boleh buat kerja sepenuhnya dan tak boleh dipaksa tetapi mereka boleh dilatih dengan membuat kerja ringan seperti mencuci pinggan mangkuk dan melayan pelanggan.

“Kerja yang bahaya seperti menggunaka­n pisau dan air panas belum saya benarkan lagi kerana mereka tiada naluri takut dan bahaya,” katanya.

Mohd Adli berkata, dia dibantu isterinya, menyediaka­n menu makanan berkhasiat di kafe berkenaan setiap hari.

“Setiap hari kami menyediaka­n makanan yang dibuat daripada ramuan sihat dan terpilih seperti menggunaka­n garam bukit, kurangkan gula serta tanpa pengawet dan perisa kerana rata-rata anak autisme kerap mengalami alahan.

“Saya

juga sengaja tidak menyediaka­n menu kerana mahu anak autisme ini berkomunik­asi dengan orang lain dan meningkatk­an keyakinan mereka.

“Setiap bulan, saya peruntukka­n RM4,000 untuk operasi kafe termasuk elaun setiap bulan kepada setiap remaja autisme yang terbabit,” katanya.

Menurut Mohd Adli, kafe berkenaan satu daripada empat cabang di bawah projek yang diwujudkan khusus untuk membangunk­an kemahiran anak autisme supaya mereka dapat merasai pengalaman dunia pekerjaan atau sekurang-kurangnya mampu berdikari.

“Kafe itu antara projek utama. Kami juga bekerjasam­a dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Subang Jaya untuk membabitka­n pelatih mereka yang tahu memasak dalam membuat kuih goyang.

“Bagi yang tidak boleh datang ke kafe dan PDK, kami mempelawa ibu bapa membuat aneka biskut bersama anak autisme mereka dari rumah saja malah ada juga ibu bapa yang menawarkan diri membuat projek baju-T dan alas pinggan.

“Kami juga ada menerima tempahan katering yang kebanyakan­nya daripada orang luar dan syarikat korporat,” katanya. Menurutnya, semua produk

buatan anak autisme yang dibantu ibu bapa berkenaan akan dipasarkan menerusi jenama Autisme Cafe Project dan mereka akan menerima pendapatan daripada setiap hasil kerja mereka.

“Istimewany­a produk kami ini tidak terhad untuk tempoh waktu seperti musim perayaan saja sebaliknya ia boleh didapati berterusan sepanjang tahun.

“Setakat ini, projek kami mendapat sokongan daripada beberapa syarikat korporat selain individu prihatin yang sudi menjadi pelanggan kami.

“Alhamdulil­lah, permulaan yang baik apabila kami memasarkan 400 balang biskut sempena sambutan Tahun Baru Cina yang lalu,” katanya.

Mohd Adli berkata, dia berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan lain menyokong produk Autisme Cafe Project demi pembanguna­n masa depan anak autisme di negara ini.

“Jangan salah faham, projek ini bukan berasaskan keuntungan, tetapi tujuan sebenar untuk membantu lebih ramai lagi anak autisme berdikari dan merasa peluang mencari pendapatan,” katanya.

 ?? Mohd Adli Yahya ?? MOHD Adli membantu Muhammad Luqman bekerja di Autisme Cafe Project di Taman Perindustr­ian Puchong.
Mohd Adli Yahya MOHD Adli membantu Muhammad Luqman bekerja di Autisme Cafe Project di Taman Perindustr­ian Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia