Harian Metro

Kenaikan IHP tertinggi dalam tempoh 8 tahun

-

Kuala Lumpur: Peningkata­n 4.5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari iaitu kenaikan tertinggi dalam tempoh lapan tahun disebabkan faktor harga minyak lebih tinggi pada bulan itu berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, punca utama adalah kos bahan api kerana berdasarka­n kepada kos pengangkut­an dalam IHP, ia menyumbang antara 13 hingga 14 peratus.

“Apabila timbul faktor ini, seiring dengan harga minyak yang naik, sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada IHP,” katanya ketika ditemui selepas berucap sempena Persidanga­n Global Offset and Countertra­de Associatio­n (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini, semalam.

IHP, satu ukuran bagi inflasi, meningkat 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari berbanding 114.5 pada bulan sama tahun lalu.

Sementara itu, purata harga satu liter petrol RON95 ialah RM2.30 dalam bulan berkenaan berbanding RM1.75 pada bulan sama tahun lalu manakala jualan RON97 naik kepada RM2.60 berbanding RM2.05 sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, inflasi dijangka susut pada bulan-bulan akan datang susulan harga minyak dunia yang mula stabil dan turun.

Pada masa sama, ketika ditanya sama ada kerajaan merancang memperkena­lkan semula subsidi bahan api jika harga minyak pulih, Johari berkata, masih terlalu awal untuk membincang­kan perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia