Harian Metro

KERJA KERAS BERBALOI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kerja keras ketika sesi ujian jentera pada musim sejuk dan sepanjang hujung minggu lalu menjadi kunci utama pencapaian positif pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 pada Grand Prix Qatar, kelmarin.

Penunggang SIC Racing Team berusia 19 tahun itu berkata, dia amat gembira dengan keputusan itu dan berjaya meraih enam mata pada perlumbaan pembuka tirai musim ini di Litar Antarabang­sa Losail.

“Sebenarnya kami memulakan latihan keras sejak ujian jentera pada musim sejuk lagi, manakala hujung minggu ini (lalu), kami bertungkus-lumus mempersiap­kan jentera dan akhirnya meraih apa yang kami harapkan,” katanya yang menunggang jentera Honda.

Jelasnya, ketika ingin memulakan perlumbaan dia cuba untuk menenangka­n minda dan perasaan, seterusnya memperoleh rentak tunggangan positif hingga ke garisan penamat.

“Ketika berlumba, saya dapat rasakan ini adalah masa terbaik untuk meraih sesuatu. Memang ia bukan mudah dalam perlumbaan ini terutama selepas hujan pada sebelah pagi namun saya dapat mengatasi segala kesukaran hingga ke akhir saingan.

“Semua pelumba saya lihat cuba untuk mencabar batas maksimum hingga ada yang terbabit dalam kemalangan. Saya juga hampir terjatuh namun dapat kembali memberi saingan hingga memperoleh tempat ke-10. Saya harap di GP Argentina (4 April) kami mampu mencatat keputusan lebih baik. Terima kasih kepada mekanik, pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang hadir memberi sokongan,” katanya.

Musim lalu Adam menamatkan saingan Moto3 dengan mengumpul 14 mata keseluruha­n dan menduduki tempat ke-28, dengan pencapaian terbaik meraih tempat ke-11 di GP Argentina serta Australia.

Sementara itu, pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-28 mengakui ia bukan keputusan cemerlang buatnya dalam penampilan sulung kategori itu namun banyak yang dipelajari­nya sepanjang saingan.

“Pada pusingan terakhir saya menghadapi masalah tayar namun ia antara perkara yang perlu dititikber­atkan selepas ini dan kami mampu mencatat keputusan lebih baik selepas ini,” kata pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu yang mengumpul 62 mata musim lalu untuk berada di kedudukan ke-19 keseluruha­n.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara,

Hafizh

Syahrin

Abdullah tidak berjaya menamatkan saingan selepas mengambil keputusan untuk

„ Adam berjaya tamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik di GP Qatar

memasuki pit berbaki lapan pusingan kerana berasa sakit di bahagian jari dan tangan kanan apabila terjatuh di pusingan pertama.

“Saya mempunyai jentera yang diselarask­an dengan baik minggu ini, tapi kurang bernasib baik apabila terjatuh di awal saingan dan mengambil keputusan untuk melihat tahap kecederaan saya selepas pusingan kelapan. ,” kata pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu yang menduduki tempat kesembilan keseluruha­n dan mengumpul 118 mata

musim lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ADAM gembira raih enam mata buat pasukan.
ADAM gembira raih enam mata buat pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia