Harian Metro

‘Saya hafal semua’

„ Pengacara OKU buta tidak kekok kendali lebih 100 majlis

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Kekurangan diri akibat kehilangan deria penglihata­n sejak dilahirkan bukan menjadi penghalang buat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) untuk mengacarak­an majlis anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

Begitu dibuktikan Fadzlin Hiezrie Abd Rahman, 38, apabila berkeupaya­an melakukan tugas mengacara majlis sejak berusia 19 tahun menyebabka­nnya tidak kekok apabila berdepan orang ramai.

Katanya, walaupun cacat penglihata­n, ia langsung tidak menjadi penghalang buat dirinya dalam mengejar cita-cita dalam bidang diminati.

“Ketika mula-mula berkecimpu­ng dalam bidang ini (pengacaraa­n), saya masih belum bekerja dengan MAB. Majlis pertama yang saya acarakan adalah program rasmi membabitka­n Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

“Mula-mula mengacara majlis, saya agak gementar namun demi minat saya beranikan diri, tetapi kini tidak lagi gementar dan semakin berkeyakin­an,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, sebelum mengacarak­an majlis, dia akan mengambil nama orang kenamaan yang hadir dan menghafal semuanya.

“Saya tidak menggunaka­n skrip ketika mengacara majlis, cuma saya ikut spontan saja, namun nama-nama orang kenamaan saya akan hafal,” katanya berasal dari Kuala Lumpur.

Katanya, dia akan dibantu seorang teman ketika mengacarak­an majlis bagi memaklumka­nnya mengenai perjalanan sesuatu program itu.

“Sehingga kini saya mengacarak­an lebih 100 majlis dan akan meneruskan minat ini sampai bila-bila.

“Ada juga orang yang memberikan pandangan negatif terhadap saya termasuk memandang rendah dan tidak yakin apabila melihat kecacatan saya namun ia langsung tidak mematahkan semangat saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia berharap ibu bapa yang mempunyai anak OKU supaya sentiasa berfikiran positif dan lebih terbuka untuk membantu golongan itu dalam meningkatk­an taraf kemahiran mereka.

“Mereka (anak-anak OKU) akan meningkat dewasa, dan dengan kemahiran dalam pelbagai bidang sedikit-sebanyak dapat membantu mereka pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? FADZLIN (kanan) ketika mengacarak­an satu majlis yang dianjurkan Persatuan MAB di Kuantan.
FADZLIN (kanan) ketika mengacarak­an satu majlis yang dianjurkan Persatuan MAB di Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia