Harian Metro

Serang kanak-kanak seawal usia 10 tahun

-

Kuala Lumpur: Golongan ibu bapa di negara ini perlu berwaspada terhadap penyakit mental atau psikosis berikutan ia boleh menyerang kanak-kanak seawal usia 10 tahun.

Malah, gejala itu semakin membimbang­kan berikutan menyerang ribuan kanak-kanak dan remaja dalam kelompok umur 10 hingga 16 tahun.

Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) saja,

Unit Psikiatri Kanak-kanak dan Remajanya menerima 372 kes membabitka­n masalah mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 16 tahun pada tahun lalu berbanding 258 pada 2015.

Kes pengulanga­n pesakit mendapatka­n rawatan susulan turut meningkat apabila 2,941 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding 1,870 kes pada 2015.

Jumlah itu hanya membabitka­n satu hospital universiti, belum lagi dicampur pesakit di 139 hospital kerajaan dan ratusan hospital swasta yang boleh mencecah ribuan pesakit.

Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja HCTM, Prof Dr Wan Salwina Wan Ismail berkata, kanak-kanak seawal usia 10 tahun sudah terbukti menjadi pesakit mental namun ia masih boleh dirawat.

“Penyakit mental terbahagi kepada dua iaitu ‘developmen­t’ (perkembang­an) dan ‘non-developmen­t’ (tiada perkembang­an) di mana ia termasuk psikosis dan kemurungan.

“Psikosis berlaku apabila seseorang itu mendengar bisikan dan tidak tahu menentukan sama ada ia realiti atau hanya khayalan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan yang dilakukan bagi merawat penyakit mental yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak adalah melalui terapi psikologi.

“Kaunseling akan diberikan bagi menentukan sama ada benar atau tidak kanak-kanak itu menghidap penyakit mental.

“Jika pakar psikiatri mendapati simptom sakit mental ada, kanak-kanak itu akan diberi terapi psikologi seperti meluahkan perasaan mereka dan diberitahu mengenai realiti sebenar.

“Ubat adalah perkara kedua dalam memulihkan kanak-kanak yang mempunyai masalah mental,” katanya.

Menurutnya, pelbagai faktor yang boleh menyebabka­n kanak-kanak menghidap penyakit mental.

“Antara faktor penyakit itu adalah genetik. Jika keluarga kanak-kanak itu mempunyai sejarah penyakit mental, risiko untuk dia ada.

“Selain itu, tekanan dalam pembelajar­an dan keluarga juga antara faktor penyakit itu,” katanya.

Dr Wan Salwina berkata, ibu bapa perlu memantau anak-anak bagi mengenal pasti masalah mereka.

 ??  ?? DR Wan Salwina
DR Wan Salwina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia