Harian Metro

Anak sembang ‘rakan misteri’

dan kini dia menerima terapi psikologi. Ibu mana yang tidak sedih dan saya berdoa Shahirah sembuh,” katanya.

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Meracau pada waktu malam, membayangk­an pembaris besi seperti pisau sebelum mencederak­an diri, sering bercakap sendiri dan mendengar bisikan ‘rakan misteri’ menyuruh mencederak­an adik.

Itu antara perbuatan Shahirah, 12 (bukan nama sebenar) yang pada mula disangka ibu bapanya ada kaitan dengan makhluk halus, tetapi sebenarnya psikosis iaitu penyakit mental.

Shahirah antara ribuan pesakit mental kanak-kanak di negara ini yang jika tidak ditangani pada peringkat awal oleh ibu bapa boleh mencetus senario membimbang­kan.

Ibunya yang mahu dikenali sebagai Sarah, 38, berkata, anaknya mula berkelakua­n ganjil sejak berusia enam tahun.

“Ketika usia itu, dia mula bersikap pasif dan tidak banyak bercakap. Jika permintaan­nya tidak dituruti, dia akan mengamuk dan sukar dikawal.

“Kami hanya menganggap dia mahukan perhatian kerana kami terlampau memberi fokus kepada adik ketiganya yang menghidap autisme,” katanya kepada Harian Metro.

Sarah yang mempunyai empat anak berkata, Shahirah juga sering bercakap sendiri dan kurang berkomunik­asi dengan adik-beradiknya yang lain.

“Selepas pulang dari sekolah, dia gemar berkurung dalam bilik dan bercakap sendiri. Pada mulanya, saya menyangka dia berlakon untuk aktiviti di sekolah kerana ketika itu pelbagai emosi yang diluahkan seperti marah, menangis dan ketawa.

“Bagaimanap­un, telahan saya salah kerana dia memang bercakap sendiri. Ketika mengambil kad laporan di sekolah dia di tahun tiga, gurunya memberitah­u pelajaran dia semakin merosot dan sering dilihat ponteng kelas dan duduk bersendiri­an di padang sekolah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Cheras, di sini.

Sarah berkata, sebagai ibu dia perlu bersikap tegas supaya anaknya berubah namun sikap pelik anaknya semakin ketara.

“Shahirah tidak berubah malah bersikap lebih agresif seperti mengambil pembaris besi dan toreh tangan serta meracau setiap malam.

“Saya dan suami bawa Shahirah berubat cara tradisiona­l di kampung di Arau, Perlis. Dukun kampung beritahu ada benda ‘menumpang’ di badan anak saya dan meminta saya membawa ayam dan telur sebagai ganti nyawa anak supaya sembuh,” katanya.

Menurutnya, dia tetap mencubanya sebagai ikhtiar untuk membuang ‘benda’ itu namun tiada perubahan.

“Runsing saya nak cari jalan apatah lagi perlu uruskan seorang anak autisme. Akibat tertekan, saya dan suami kerap bergaduh kerana anak.

“Akhirnya, kami mencuba cara moden dengan membawa anak berjumpa guru kaunseling di sekolahnya kerana mungkin dia lebih selesa meluahkan perasaan dengan cikgu,” katanya.

Menurutnya, ketika sesi kaunseling Shahirah berkongsi pelbagai perkara termasuk mengenai ‘rakan misteri’.

“Guru kaunseling memberitah­u, ‘rakan misteri’ itu meminta anaknya mencederak­an adiknya.

“Bermula dari situ saya rasa anak saya mempunyai penyakit kronik dan membawanya berjumpa pakar psikiatri sebelum disahkan menghidap psikosis,” katanya.

Sarah berkata, pada awalnya, dia dan suami tidak dapat menerima hakikat, tetapi demi masa depan Shahirah, mereka akur.

Menurutnya, dia yang sebelum ini bekerja sebagai akauntan terpaksa berhenti kerja untuk fokus kepada anaknya supaya tidak tertekan.

“Bukan semudah itu untuk menerima kenyataan anak sakit mental kerana saya bawa berjumpa tiga pakar psikiatri untuk sahkan.

“Bagaimanap­un, saya akur

„ Keluarga sangka perbuatan budak 12 tahun angkara makhluk halus rupanya sakit mental

 ?? Sarah ?? Bagaimanap­un, telahan saya salah kerana dia memang bercakap sendiri. Ketika mengambil kad laporan di sekolah dia di tahun tiga, gurunya memberitah­u pelajaran dia semakin merosot dan sering dilihat ponteng kelas dan duduk bersendiri­an di padang...
Sarah Bagaimanap­un, telahan saya salah kerana dia memang bercakap sendiri. Ketika mengambil kad laporan di sekolah dia di tahun tiga, gurunya memberitah­u pelajaran dia semakin merosot dan sering dilihat ponteng kelas dan duduk bersendiri­an di padang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia