Harian Metro

Tiga lelaki serang tiga polis ditahan Insaf hanya seketika

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Polis menahan tiga lelaki yang disyaki menyerang tiga anggota polis di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi, Bangsar, kelmarin.

Difahamkan, suspek terbabit ditahan di sekitar daerah berkenaan selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, suspek berusia 24 hingga 26 tahun terbabit ditahan susulan tiga anggota yang bertugas di Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (STAGG), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman cedera diserang sekumpulan lelaki sewaktu menjalanka­n tugas risikan di kawasan berkenaan.

“Tiga suspek terbabit direman bagi siasatan mengikut Seksyen 148, Kanun

Keseksaan kerana merusuh,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi, tiga anggota terbabit cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata­kan batang kayu dan botol kaca.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima rawatan kecemasan selain menerima jahitan di kepala.

Jalan Lingkaran Dalam berhampira­n Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, kembali menjadi litar basikal lajak, sekali gus mengundang tragedi.

Ini terbukti apabila Op Gempur dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), jam 3 pagi semalam menahan 22 remaja berusia 14 tahun hingga 17 tahun terdiri daripada penunggang serta penonton.

Malah, dua yang ditahan adalah remaja bawah umur membabitka­n penunggang perempuan berusia 14 tahun dan penonton berumur 16 tahun yang juga perempuan.

Ketua Polis Daerah JBS Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, tujuh daripada remaja terbabit masih bersekolah.

“Penahanan remaja berkenaan hasil rondaan anggota IPD JBS pada Op Gempur Pencegahan Jenayah Mat Rempit dan Basikal Lajak di sekitar Jalan Skudai-Pantai Lido, Lingkaran Dalam dan sekitar Bandaraya Johor Bahru bermula jam 12 tengah

„ 22 remaja penuhi semula kawasan kemalangan ditahan

malam.

“Dipercayai, antara 30 hingga 40 remaja berkumpul di jalan berkenaan sebelum polis menahan 22 daripada mereka membabitka­n lapan penonton dan 14 penunggang basikal.

“Siasatan mendapati mereka datang dari Desa Cemerlang, Kangkar Pulai, Iskandar Puteri dan Taman Daya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Trafik JBS.

Katanya, pihaknya sebelum itu memberi amaran sebanyak tiga kali supaya kumpulan berbasikal terbabit bersurai dari kawasan berkenaan namun mereka masih berdegil.

Menurut beliau, ada dalam kalangan remaja yang ditahan adalah penonton dalam kemalangan yang meragut lapan penunggang basikal lajak di kawasan itu, 18 Februari lalu.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik JBS untuk siasatan lanjut. Kami memberi kaunseling kepada remaja terbabit selain memanggil penjaga mereka.

“Kami meminta penjaga mengawal anak masing-masing terutama pada hujung minggu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurut beliau, semua basikal lajak itu dirampas dan akan dilupuskan selain saman dikeluarka­n mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Sabit kesalahan kerana mengubah suai basikal boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

“Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja itu dibebaskan dan diserahkan semula kepada ibu bapa dan penjaga selepas direkodkan keterangan.

Dalam kejadian 3 pagi 18 Februari lalu, lapan remaja lelaki yang berbasikal maut apabila dirempuh kereta manakala lapan yang lain cedera dengan dua daripada mereka dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah.

 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad 19 Februari lalu. SULAIMAN menunjukka­n basikal yang dirampas daripada kumpulan berbasikal lajak awal pagi semalam.
LAPORAN Metro Ahad 19 Februari lalu. SULAIMAN menunjukka­n basikal yang dirampas daripada kumpulan berbasikal lajak awal pagi semalam.
 ??  ?? ANTARA basikal lajak yang dirampas oleh polis dalam Op Gempur di Jalan Lingkaran Dalam.
ANTARA basikal lajak yang dirampas oleh polis dalam Op Gempur di Jalan Lingkaran Dalam.
 ??  ?? SHARUL
SHARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia