Harian Metro

MEMORI DUKA DI TAMPARULI

„ Tiga beranak antara 6 korban kereta bertembung dengan pacuan empat roda dari arah bertentang­an

- Junaidi Ladjana dan Ainul Durmahyant­y Durming am@hmetro.com.my

“Pada awalnya, saya bercadang naik kereta dengan adik dan kakak untuk menziarahi ibu yang sakit namun bertukar fikiran naik kereta seorang lagi adik ketika berhenti rehat di Manggatal.

“Kali terakhir saya menemui Ismail dan Farida serta dua anak saudara, ketika berhenti berehat untuk mengambil gambar kenang-kenangan di Tamparuli sebelum kemalangan itu berlaku,” kata Efandy Kia Mangu, 29.

Dia adalah abang kepada Ismail Mangu, 25, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu-Tawau, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, enam maut dalam kemalangan itu. Selain Ismail, turut terkorban dua anak Ismail, Sharil, 5, dan Putri, 2, serta kakaknya Farida Perada, 35, selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda jenis Isuzu D Max.

Dua lagi mangsa yang maut ialah Said Tuan Kamba, 28, yang memandu kereta dan seorang lagi penumpang, Markus Mae Siku, 52.

Pemandu Isuzu D Max, 53, parah di pinggang dan belakang badan.

Efandy berkata, sebelum kejadian kakaknya iaitu Fa- rida ada menghubung­i memaklumka­n pulang ke Tawau untuk menziarahi ibu mereka yang sakit.

“Pada jam 12 tengah hari, kakak ada telefon dan mengajak saya pulang ke Tawau untuk melawat ibu yang sakit dan kami bertolak dari pusat bandar raya sejam kemudian.

“Namun, saya mengambil keputusan menaiki kereta adik (Samsudin Mangu, 27) yang berada di Manggatal sebelum kami meneruskan perjalanan,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan pulang, mereka beberapa kali berhenti berehat termasuk mengambil gambar kenang-kenangan di kawasan Tamparuli sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau.

“Saya cuba menghubung­i Ismail dan Farida pada 9.30 malam untuk mengetahui lokasi mereka namun gagal menyebabka­n perasaan bertukar bimbang.

“Saya menghubung­i telefon bimbit mereka sekali lagi dan dijawab pegawai polis yang memaklumka­n adik dan kakak saya terbabit dalam kemalangan.

“Kami kemudian diminta ke Hospital Lahad Datu untuk pengecaman,” katanya.

Difahamkan, mayat empat sekeluarga itu dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Wakuba, Batu 16, Tawau, lewat petang semalam.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT mangsa yang terkorban akibat nahas di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu-Tawau.
MAYAT mangsa yang terkorban akibat nahas di Kilometer 32, Jalan Lahad Datu-Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia