Harian Metro

250,000 City terjual di Malaysia

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

„ Honda muncul kenderaan bukan nasional nombor satu negara ini

Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) mencatatka­n sejarah tersendiri apabila Honda City menjadi model popular yang mewakili 38 peratus daripada keseluruha­n jualan Honda di negara ini.

Angka berkenaan tercapai apabila Honda Malaysia mengeluark­an model City yang ke-250,000, baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi berkata, jumlah berkenaan membuktika­n penerimaan baik dalam kalangan pengguna tempatan untuk kenderaan sedan segmen B yang mempunyai nilai tinggi.

“Kami teruja dengan pencapaian dicatatkan dan berterima kasih dengan sokongan pengguna.

“Kepercayaa­n pelanggan membolehka­n model City menjadi pilihan dan kegemaran ramai seterusnya menerajui segmen B,” katanya.

Hayashi berkata, City terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Honda Malaysia pada 2015 dan 2016, seterusnya membolehka­n Honda menjadi kenderaan bukan nasional nombor satu di negara ini.

“Honda City generasi kedua mencatatka­n jualan sebanyak 61,000 unit dan generasi ketiga (84,000 unit) manakala generasi keempat model berkenaan menjadi model paling berjaya dan popular.

“Model City generasi keempat menguasai 33 peratus pasaran kenderaan segmen B pada 2014 selepas dilancarka­n dan meningkat kepada 39 peratus penghujung tahun lalu.

“Jumlah ini mencecah 100,000 unit pada hujung tahun lalu, menjadikan­nya generasi City paling popular,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kumpulan (HMSB) Akkbar Danial berkata, Honda City sarat dengan ciri nilai tambah tinggi sebagai usaha agresif pihaknya untuk mengekalka­n kedudukan sebagai peneraju segmen kereta bukan nasional di Malaysia.

“Model baru City yang ditampilka­n adalah terjemahan kepada barisan kenderaan Honda yang dipenuhi pelbagai nilai tambah.

“Dalam segmen ini (Honda City), kami menawarkan spesifikas­i untuk segmen kereta C pada harga segmen B.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi yang digunakan dalam usaha mengekal dan mengukuhka­n kepemimpin­an Honda dalam pasaran tempatan,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pegawai Operasi (Asia dan Oceana) Honda Motor Co Ltd Noriaki Abe (dari kiri), Presiden dan Ketua Pegawai Operasi HMSB Roslan Abdullah, Timbalan Presiden Eksekutif dan wakil Pengarah Honda Motor Co Ltd Seiji Kuraishi, Pengarah dan Pegawai...
KETUA Pegawai Operasi (Asia dan Oceana) Honda Motor Co Ltd Noriaki Abe (dari kiri), Presiden dan Ketua Pegawai Operasi HMSB Roslan Abdullah, Timbalan Presiden Eksekutif dan wakil Pengarah Honda Motor Co Ltd Seiji Kuraishi, Pengarah dan Pegawai...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia