Harian Metro

Remaja tauke pil kuda kampung

-

Kota Bharu: “Setiap hari saya mampu menjual 50 biji pil kuda pada harga RM10 sebiji kepada penduduk kampung dengan keuntungan RM2 sebiji,” kata seorang remaja lelaki yang mahu dikenali sebagai Mamat, 18.

Mamat adalah antara 72 penagih dadah yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaa (AADK) Kelantan dalam Operasi Perdana di Pengkalan Chepa dan Jalan PCB, di sini, antara jam 10 malam kelmarin hingga 7 pagi semalam.

Semua penagih dadah terbabit berusia antara 17 hingga 49 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphet­amine selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Dalam operasi disertai seramai 58 pegawai dan anggota AADK itu turut merampas 221 biji pil kuda daripada dua lelaki.

Mamat berkata, dia mula bergiat aktif menjual pil kuda sejak sebulan lalu dan mendapat bekalan daripada pembekal yang akan menghantar di satu kawasan khas berdekatan kampungnya di Kedai Buloh, Jalan PCB, di sini.

“Saya tidak bekerja dan mudah menjual bekalan ini kepada pembeli kerana harganya murah. Jika dulu harganya sekitar RM15 sebiji tetapi kini hanya berharga RM10.

“Walaupun untung tidak banyak, mencukupi kerana saya mampu menjual sehingga 50 biji sehari,” katanya.

Sementara itu, pasangan kembar berusia 25 tahun yang mahu dikenali sebagai Halim dan Hashim berkata, mereka mengambil pil kuda sejak lima tahun lalu tanpa pengetahua­n keluarga.

Halim yang juga anak sulung daripada lapan beradik berkata, dia menggunaka­n pil kuda untuk menghilang­kan penat selepas seharian bekerja.

“Setiap hari kami hanya mengambil sebiji pil kuda sekadar untuk menghilang­kan rasa penat selepas seharian bekerja di kedai makan. Harganya murah dan senang diperoleh mendorong kami mengambil dadah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah AADK Kelantan Rohayu Ahmad berkata, hasil risikan dan maklumat orang awam, pihaknya serbuan rumah kosong

melakukan dari rumah ke termasuk rumah

yang disyaki dijadikan tempat mengambil

dadah.

“Pihak AADK memeriksa 75 lelaki tetapi hanya 72 orang didapati positif dadah jenis methamphet­amine selepas ujian saringan air kencing dilakukan dan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983.

“Semua penagih dadah berkenaan akan ditempatka­n di pusat pemulihan dadah, manakala kita akan mendapatka­n perintah mahkamah untuk menempatka­n penagih yang berulang di penjara,” katanya dalam sidang media di pejabat AADK, di sini, semalam.

Katanya, AADK akan melakukan operasi berterusan untuk memerangi penagihan dadah secara habis-habisan terutama di kawasan yang dikenal pasti di sekitar Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Pasir Mas.

 ??  ?? ROHAYU bersama pegawainya memeriksa sebahagian daripada 72 orang ditahan positif dadah dalam serbuan di sekitar Pengkalan Chepa.
ROHAYU bersama pegawainya memeriksa sebahagian daripada 72 orang ditahan positif dadah dalam serbuan di sekitar Pengkalan Chepa.
 ??  ?? ANTARA penagih dadah yang ditahan AADK Kelantan.
ANTARA penagih dadah yang ditahan AADK Kelantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia