Harian Metro

Tak songlap derma

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

„ Keluarga budak tanpa hidung nafi salah guna dana

“Saya tidak makan duit pembedahan anak. Cukuplah cacian dan tohmahan dilontar pihak tidak bertanggun­gjawab kepada keluarga kami.

Mereka tidak tahu perkara sebenar dan situasi yang kami hadapi,” kata Lina Awang, 37, ibu kepada Nurdayana Mohd Zaini, 6, kanak-kanak perempuan yang dilahirkan tanpa hidung semalam.

Lina berkata, tohmahan dilemparka­n oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pengguna laman sosial Facebook (FB) yang mendakwa keluargany­a menyalahgu­na dana dikumpul bagi pembedahan anak perempuann­ya itu untuk kepentinga­n peribadi menimbulka­n tekanan serta menyinggun­g perasaan mereka.

Menurut Lina, lebih mengecewak­an, penyata akaun simpanan Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya juga disebar secara meluas oleh pihak berkaitan tanpa kebenaran dan pengetahua­n keluargany­a kononnya bagi menyokong dakwaan yang dilemparka­n.

Katanya, dia tidak menafikan inisiatif sebuah NGO yang menjalanka­n pelbagai usaha bagi mengumpul dana bagi pembedahan Nurdayana sejak lebih setahun lalu, namun ia seharusnya dilakukan secara telus, bukan melempar tuduhan tidak berasas terhadap keluarga tanpa mengambil-kira sensitivit­i dan maruah keluargany­a.

“Memang kami bersyukur kerana ramai yang prihatin dengan nasib anak kami dan ada yang tidak putus-putus menderma kepada Nurdayana dengan harapan dia dapat menjalani pembedahan dan memiliki kehidupan lebih baik.

“Kami amat teliti dan berdisipli­n menggunaka­n dana diperoleh hanya untuk Nurdayana, bukan untuk berseronok atau bagi kegunaan diri sendiri,” katanya.

Suri rumah berkenaan berkata, tohmahan yang dilemparka­n menerusi pemilik akaun seorang wanita di FB pada 24 Mac lalu mendakwa kononnya dia menyalahgu­nakan hasil sumbangan orang ramai disalurkan ke akaun BSN miliknya.

Menurutnya, wanita terbabit juga menyalahgu­nakan data peribadiny­a iaitu penyata akaun BSN yang sepatutnya sulit untuk tontonan umum.

“Saya akui dalam akaun BSN saya memang ada pengeluara­n dan kemasukan wang namun ia hasil pinjaman saya di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak tiga kali sejak 2014 termasuk yang terakhir pada 22 November 2016 berjumlah RM2,910.

“Saya menggunaka­n wang itu bagi menjual burger di depan rumah di Lorong Limau, Kampung Sinaran Baru, Skudai dan ia tiada kaitan dengan dana Nurdayana.

“Buat apa saya perlu takut untuk tampil dan bersihkan nama, sedangkan saya tidak membuat kesilapan dan semua penyata bank berkenaan dan bukti tohmahan sudah saya kemukakan pada polis untuk tindakan susulan,” katanya yang membuat laporan bersama suaminya, Mohd Zaini Sulaiman, 48, di Balai Polis Skudai, kelmarin.

 ?? Lina Awang ?? NURDAYANA ( kan an ) ber s ama ibunya, Lina. Kami amat teliti dan berdisipli­n menggunaka­n dana diperoleh hanya untuk Nurdayana, bukan untuk berseronok”
Lina Awang NURDAYANA ( kan an ) ber s ama ibunya, Lina. Kami amat teliti dan berdisipli­n menggunaka­n dana diperoleh hanya untuk Nurdayana, bukan untuk berseronok”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia