Harian Metro

‘Tolong hormat maruah arwah’

-

“Kami sekeluarga mohon kepada orang ramai supaya dapat hentikan penyebaran gambar adik yang lemas di Lata Bukit Payung,” kata Herie Eizlan Harun, 26, abang kepada Amiera Dayana Harun, 22, yang lemas di tempat perkelahan itu selepas dihanyutka­n kepala air ketika mandi bersama tunangnya, kelmarin.

Menurutnya, dia juga berharap masyarakat dapat menghormat­i permintaan keluargany­a untuk menjaga sensitivit­i dan maruah arwah adiknya.

“Arwah seorang adik dan anak yang baik serta peramah. Kami rasa tidak wajar gambar keadaannya ketika ditemui lemas ditularkan di media sosial,” katanya ketika ditemui di rumah keluargany­a di Kampung Bukit, Sungai Tong, semalam.

Katanya, adiknya juga ada menunjukka­n perubahan sikap sejak beberapa hari lalu apabila suka menyendiri dengan duduk dalam bilik tidurnya.

Amirea Dayana dilaporkan lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Bukit Payung, jam 2.30 petang kelmarin, selepas ke kawasan perkelahan berkenaan bersama tunangnya, Asraff Rifaie Maliki, 25, yang juga seorang anggota tentera.

Pasangan itu dikatakan mandi sebelum dihanyutka­n kepala air dan tunang mangsa berjaya menyelamat­kan diri, tetapi gagal menarik mangsa yang terus dibawa arus deras.

Mayat mangsa ditemui jam 4.34 petang oleh tunangnya bersama penduduk kampung yang turut serta mencari sejurus kejadian berkenaan.

Asraff Rifaie ketika ditemui berkata, berdasarka­n rancangan awal dia mahu membawa bersama keluargany­a untuk berkelah sambil memanggang ayam di kawasan perkelahan itu.

“Namun, adik saya demam menyebabka­n keluarga tidak dapat turut serta, tetapi rancangan terpaksa diteruskan oleh kami berdua kerana persiapan untuk berkelah sudah disiapkan,” katanya.

Menurutnya, mereka bertunang beberapa hari sebelum cuti persekolah­an pada pertengaha­n Mac lalu dan Amiera kerap minta untuk berjumpa dengan bakal mentuanya selepas kali terakhir bertemu ketika majlis berkenaan.

“Kami tiba di lokasi jam 12 tengah hari dan waktu itu didapati sudah ramai orang yang mandi di kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya, dia juga sempat berbincang dengan arwah tunangnya untuk menetapkan tarikh pernikahan mereka pada awal tahun depan sama ada pada Tahun Baru Cina atau selepas Aidilfitri.

Katanya, arwah hanya mendiamkan diri walaupun sebelumnya dia yang lebih beriya-iya minta untuk mempercepa­tkan pernikahan mereka.

„ Keluarga mohon henti sebar gambar mangsa lemas di media sosial

“Kami kenal antara satu sama lain tidak lama iaitu hanya dalam tempoh setahun selepas saya dipindahka­n ke Kem Seberang Takir. Kami hanya berkenalan melalui laman sosial Facebook,” katanya.

Menceritak­an detik kejadian, Asraff Rifaie berkata, dia sebelum itu sempat menarik tunangnya ke atas batu selepas mendapati arus air mulai deras.

Menurutnya, dia juga menyedari keadaaan awan di kawasan berkenaan mulai gelap, sekali gus menandakan hujan akan melanda serta menjangkak­an fenomena kepala air akan berlaku.

“Saya dan arwah kemudianny­a segera turun dari batu untuk menyeberan­g tetapi secara tiba-tiba kepala air muncul hingga menyebabka­n arwah terjatuh dan terus dihanyutka­n.

“Saya berusaha untuk mengejarny­a dengan berpijak di atas batu di tepi sungai dan sempat melihatnya dihanyutka­n serta (Amiera) sempat menyahut panggilan sebelum terus hilang daripada pandangan,” katanya.

Sementara itu, jenazah Amiera Dayana selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit, jam 11.30 pagi semalam.

 ??  ?? MAYAT Amiera Dayana ditemui penduduk kampung.
MAYAT Amiera Dayana ditemui penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia