Harian Metro

Bapa tunggal nafi ubah wang haram RM450,347

-

Chukai: Seorang bapa tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam terhadap pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM450,347.

Tertuduh Hazrin Izzudin Jamaluddin, 44, didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima sebanyak RM450,347 yang juga hasil aktiviti pengubahan wang ke dalam akaun di Bank Islam (M) Bhd Cawangan Kemaman di Jalan Kubang Kurus, di sini, antara 20 Oktober 2014 hingga 26 Januari 2015.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ashikin Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu.

Mahkamah kemudian mengarahka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula selain kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berikutan mempunyai perbicaraa­n kes yang sama.

Sebelum ini, tertuduh turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Temerloh, Pahang kerana kesalahan sama.

Alor Setar: Dua lelaki berdepan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar heroin seberat 84.76 gram bulan lalu, selain dua pertuduhan memiliki kanabis dan syabu.

Tertuduh, Ahmad Fadzil Bakar, 48, dan Hamir Mustafa, 41, hanya mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman namun tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 20 Mac lalu, jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah tidak bernombor di Kilometer 16 Jalan Tokai, Pendang.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan dibaca bersekali Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 3 Julai depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicaraka­n terhadap dua lagi pertuduhan, iaitu memiliki dadah methamphet­amine seberat 2.28 gram dan kanabis seberat 0.97 gram pada tarikh, masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan memiliki methamphet­amine, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pertuduhan memiliki kanabis pula mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarka­n Ahmad Fadzil dan Hamir dijamin bagi kedua-dua pertuduhan itu serta kes akan disebut semula pada 3 Julai depan.

 ??  ?? HAZRIN Izzudin dibawa keluar dari mahkamah.
HAZRIN Izzudin dibawa keluar dari mahkamah.
 ??  ?? AHMAD Fadzil (dua dari kiri) dan Hamir (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar.
AHMAD Fadzil (dua dari kiri) dan Hamir (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia