Harian Metro

Tibi terus meningkat

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

Sebanyak 1,903 kes tibi atau batuk kering dilaporkan berlaku di wilayah ini membabitka­n 73 kematian, sepanjang tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainudin Abdul Wahab berkata, jumlah itu meningkat 4.6 peratus atau 84 kes berbanding 1,819 kes tibi pada tahun 2015.

“Daripada jumlah itu, hanya 311 kes atau 16 peratus membabitka­n kes warga asing, manakala selebihnya atau 84 peratus lagi kes rakyat tempatan.

“Sekali gus menunjukka­n penyakit ini bukan lagi perkara yang boleh dianggap ringan oleh orang ramai, apatah lagi ia boleh merebak melalui udara,” katanya selepas majlis pelepasan KL Fun Run TB, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Perancanga­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Pagi Tanpa Kenderaan Kuala Lumpur Datuk Naim Mohamad.

Keadaan hujan renyai-renyai tidak menghalang kira-kira

1,000 orang menyertai acara larian itu yang diadakan sempena sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam.

Menurut Zainuddin, tibi yang dahulunya sinonim dengan golongan tua, kini turut dilaporkan berlaku ke atas kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun.

“Seramai 41 kes kanak-kanak yang berusia di bawah 15 tahun didaftarka­n menerima rawatan sebagai pesakit tibi.

“Oleh itu, situasi ini cukup membimbang­kan kerana

„ 1,903 kes batuk kering dan 73 kematian di KL tahun lalu

kanak-kanak terbabit mendapat kuman tibi daripada orang dewasa yang tinggal serumah, menunjukka­n penularan penyakit itu tanpa kawalan sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Najib (tiga dari kiri) bersama Dr Zainudin (dua dari kiri) merasmikan sambutan, semalam.
MOHD Najib (tiga dari kiri) bersama Dr Zainudin (dua dari kiri) merasmikan sambutan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia