Harian Metro

Arwah rancang ke Guangzhou

-

Bachok: “Sebelum arwah bergerak ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu, saya sempat berjumpa dengan adik ipar dan ketika itu dia berada dalam keadaan baik serta tidak menunjukka­n sebarang perubahan,” kata Mohamad Hassan, 67, abang ipar Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam.

Mohamad berkata, ketika pertemuan itu, arwah memberitah­u akan ke pergi Guangzhou, China bersama isteri dan dua anaknya. Bagaimanap­un, katanya, pada pagi Jumaat itu, dia dimaklumka­n arwah dimasukkan ke IJN kerana mengadu sakit dada.

“Saya dimaklumka­n arwah ada masalah jantung dan satu buah pinggangny­a tidak berfungsi sebelum menghembus­kan nafas terakhir petang tadi (semalam). “Kehilangan­nya amat dirasai kerana beliau sangat baik dengan keluarga dan penduduk tempatan selain sering meluangkan masa menunaikan solat lima waktu di masjid di semua daerah ketika bertugas dan solat Subuh di Masjid Jelawat,” katanya ketika ditemui di Kampung Badak, di sini, semalam.

Menurutnya, jenazah Dr Ab Rahman akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak pada jam 10 pagi ini.

Sementara itu, rakan Allahyarha­m Zulkifli Ismail, 60, berkata arwah rakannya sangat baik biarpun memegang jawatan penting dalam negeri.

“Kami kerap berjumpa dan sering mendengar beliau berlatih menyampaik­an khutbah Jumaat di rumahnya.

“Penduduk kampung juga rapat dengannya kerana beliau kerap menjemput ahli jemaah masjid makan di rumahnya hampir setiap bulan,” katanya.

 ??  ?? AB Rahman
AB Rahman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia