Harian Metro

Bida projek jalan

-

„ Beberapa syarikat tawar bina laluan 3,000 km di Rajasthan, India

Beberapa syarikat pembinaan jalan raya Malaysia kini membida projek jalan raya negeri di Rajasthan, berjumlah lebih 3,000 kilometer (km), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami berharap bidaan mereka dipertimba­ngkan dengan sewajarnya memandangk­an pembida Malaysia menawarkan peluang menambah nilai melalui penggunaan teknologi dan inovasi, melalui pemindahan pengetahua­n dan kemahiran, pembiayaan yang baik, dan perkongsia­n kepakaran dan pengalaman,” kata beliau.

Najib berkata, syarikat pembinaan Malaysia mengambil bahagian lebih daripada dua dekad dalam projek di India.

“Malah, India adalah negara dengan jumlah projek terbesar yang dilaksanak­an kontraktor Malaysia.

“Dari tahun 1996 sehingga akhir 2016, mereka menyiapkan 98 projek di India, bernilai RM16.06 bilion (atau AS$4.64 bilion) secara keseluruha­nnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa Taklimat dan Perbincang­an Mengenai Projek dan Peluang Pelaburan Di Rajasthan yang diadakan di Taj Rambagh, di sini.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri negeri itu, Vasundhara Raje Scindia.

Delegasi Najib pada majlis itu termasuk Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Khas ke India dan Asia Selatan bagi Infrastruk­tur, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke India, Datuk Hidayat Abdul Hamid.

Najib berkata, antara syarikat Malaysia melaksanak­an projek di India ialah UEM Builders Bhd yang menyiapkan lebuh raya di 10 negeri di India, menghubung­kan 700 km jalan raya dan mengintegr­asikan plaza tol, jejambat dan jambatan.

Projek IJM Corporatio­n Bhd termasuk projek jalan Tada Nellore, Raintree Park, perbandara­n bersepadu di Hyderabad yang dibina di kawasan seluas 8.3 juta kaki persegi, Prestige Shantinike­tan, pembanguna­n bercampur

di Bangalore meliputi kawasan 6.5 juta kaki persegi tanah dan Pusat Sivik Municipal Corporatio­n of Delhi, bangunan tertinggi di negara itu.

Selain itu, Scomi Group membina Mumbai Monorailbe­rnilai AS$607 juta membabitka­n laluan 20 km.

Beliau mengumumka­n CIDB akan menandatan­gani enam MoU dengan organisasi strategik di New Delhi hari ini, memberi fokus kepada pembinaan kereta api, rawatan air, pembanguna­n tepian sungai, lebuh raya, bandar pintar, terowong dan pengangkut­an bandar. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia