Harian Metro

Lelaki lumpuh selepas tiga kali kemalangan

-

Maran: Kemalangan jalan raya kali ketiga yang dialami Muhamad Faizal Mohd Dorani, 39, kira-kira tiga tahun lalu mengubah hidupnya dan keluarga apabila kini hanya terlantar kerana lumpuh.

Keadaan itu menyebabka­n tanggungja­wab sebagai ketua keluarga terpaksa dipikul isterinya Mazitah Mohd Mustaffa, 37, yang juga guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di FELDA Jengka 9, di sini.

Lebih menyedihka­n, anak sulung, Muhamad Daniel Iman, 17, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Temerloh Bandar Jengka-Jerantut, Rabu lalu.

Mazitah berkata, suaminya sebelum ini pernah mengalami kemalangan jalan raya sebanyak dua kali namun kemalangan kali ketiga itu teruk sehingga menyebabka­nnya lumpuh.

Semua kemalangan itu berlaku ketika mangsa menaiki motosikal.

Menurutnya, kali pertama Muhamad Faizal terbabit dalam kemalangan pada 2010 menyebabka­nnya mengalami pendarahan di kepala kerana tempurung kepala pecah.

Katanya, selepas kejadian itu, suaminya terlantar lebih sembilan bulan sebelum menjalani pembedahan untuk memasukkan semula tempurung kepala.

“Sepatutnya suami perlu menjalani pembedahan memasukkan tempurung kepala dalam tempoh enam bulan selepas kemalangan namun dia terlewat untuk berbuat demikian mengakibat­kannya selalu mengadu pening, tapi masih mampu berjalan.

“Selepas mengalami kemalangan kali kedua pada 2013 dan ketiga pada 2014, suami langsung tidak boleh berjalan dan selalu mengalami sakit kepala yang teruk. Adakalanya dia menangis serta tidak boleh bersuara,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­i Mazitah di talian 011-29301539 atau menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional 06004-00008259-6 atas namanya.

Katanya, dia kini menyara keluarga dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai guru KAFA dan Muhammad Faizal turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

“Walaupun menerima bantuan JKM, namun jumlah itu masih tidak mencukupi kerana perlu menyediaka­n susu khas serta lampin pakai buang suami dengan kos berjumlah RM500 setiap bulan.

“Suami boleh makan nasi, tetapi sering mengalami masalah sembelit dan doktor menyaranka­nnya untuk minum susu khas itu,” katanya.

Akibat kesempitan wang, seorang anggota tentera memeras ugut 24 calon perajurit muda yang bakal menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, dekat sini, Jumaat lalu.

Sumber berkata, suspek berusia 29 tahun diarahkan mengambil perajurit terbabit di Stesen Kereta Api Seremban, di sini, untuk dibawa ke PUSASDA.

Katanya, sebaik mengambil mereka jam 3 petang, suspek memberhent­ikan van di sebuah lokasi di

 ??  ?? MAZITAH menunjukka­n kesan kemalangan kedua sehingga mengakibat­kan tempurung kepala pecah.
MAZITAH menunjukka­n kesan kemalangan kedua sehingga mengakibat­kan tempurung kepala pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia