Harian Metro

JAKIM minta penjelasan Siti Kassim

-

Pasir Puteh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan memanggil aktivis sosial yang juga seorang peguam, Siti Kassim untuk memberi keterangan berhubung kenyataan yang dikeluarka­nnya sebelum ini kerana disifatkan mengeliruk­an umat Islam sebelum sebarang tindakan diambil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan undang-undang pula akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan undang-undang bersesuaia­n termasuk berkaitan akidah.

“Sebagai umat Islam, kita mengambil pendekatan lebih berhemah apabila akan mendapatka­n penjelasan beliau (Siti Kasim) terlebih dulu kerana berkemungk­inan media tersalah lapor.

“Mungkin juga kerana kejahilan agama dan tidak tahu, jadi kita nak tahu daripada mulutnya sendiri dan kita berharap jangan pula dia tidak hadir,” katanya mengulas pelbagai isu kontrovers­i berkaitan akidah dibuat Siti Kassim sejak akhir-akhir ini termasuk kenyataan dengan tajuk ‘Melalui Getaran, kita Menghasilk­an Tuhan’ - Siti Kasim.

Terdahulu, beliau merasmikan Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan pelancaran program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Perkhidmat­an Ambulans dan Pra Hospital di antara JBPM dan Jabatan Kesihatan Kelantan di JBPM Pasir Puteh, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Datuk Zawawi Othman dan ADUN Selising Zulkifli Ali.

Pada majlis itu, Dr Asyraf Wajdi turut dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan.

 ??  ?? DR Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan, semalam.
DR Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia