Harian Metro

Polis batal dialog Tun M, Nazri

-

Shah Alam: Polis membatalka­n dialog antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada 7 April ini berikutan ada kumpulan mahu mengganggu serta membuat kekacauan ketika program berlangsun­g.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff yang mendakwa ia hasil risikan pihaknya.

“Selain faktor itu, debat juga dibatalkan berikutan 18 laporan polis dibuat orang awam atas alasan kurang yakin daripada aspek keselamata­n.

“Kami menyiasat segala laporan dibuat 18 individu berasal dari Klang, Petaling Jaya, Serdang dan Hulu Selangor itu. Jika hanya dua laporan saja diterima, polis akan membenarka­n dialog itu, tetapi disebabkan banyak laporan membantah, kami batalkan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Fuad berkata, pihaknya akan menyiasat semua laporan dan hasil risikan dibuat mengikut Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Katanya, susulan pembatalan itu, pihaknya akan memantau lokasi penganjura­n bermula semalam hingga selepas tarikh penganjura­n terbabit.

“Pembatalan itu tidak melindungi sesiapa. Polis memandang serius dengan laporan dibuat. Jika penganjur memohon lagi (permit) dan menepati segala syarat serta tiada laporan bantahan, kami akan luluskan,” katanya.

Kelmarin, polis membatalka­n kebenaran penganjura­n debat itu yang dijadual diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Jumaat ini.

Sebelum ini, debat antara kedua-dua tokoh politik berkenaan dijadualka­n di Padang Rengas, Perak 25 Mac lalu turut dibatalkan atas faktor keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia